Keluarga

‘Kbat’ Bukannya Sebat

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  6 Aug 2017  •  3 min baca

Setiap tingkah laku anak ialah satu bentuk komunikasi yang tidak dapat diluahkan dengan perkataan oleh anak.
Bila anak buat perangai, tidak kiralah anak kecil atau remaja, mereka ingin memberitahu bahawa mereka ada masalah.

Masalah anak kecil mungkin mengantuk, lapar, tidak selesa, letih, kecewa dan sebagainya. Masalah anak remaja mungkin berkaitan dengan kawan, homework, sekolah, persekitaran, keyakinan diri dan sebagainya.

Anak Anak Ini Ada Masalah

Ada 4 kategori ibu bapa apabila berhadapan dengan anak yang ada masalah ini.

#1 – Ibu bapa Yang Menghukum Apabila Anak Ada Masalah

Ibu bapa ini hanyalah ingin mendiamkan anak dan menghentikan perbuatan anak sedangkan masalah anak tidak juga selesai. Anak tidak belajar skil penyelesaian masalah.

Apa yang anak pelajari?

Anak belajar untuk tidak percaya kepada ibu bapa . Dia mencari sesiapa saja yang faham dan dapat membantu. Dalam dunia digital sekarang ini, ramai syaitan bertopeng manusia yang berada di dunia maya. Bagi remaja, dia keluar mencari kawan yang faham.

Anak juga belajar bahawa masalah dan konflik mesti diselesaikan dengan keganasan.

#2 – Ibu bapa Yang Melihat Anak Ini Sebagai Satu Masalah

Ibu bapa ini selalunya merasa kecewa dan marah dengan anak dan juga diri sendiri. Mereka akan bertindak seperti ibu bapa pada nombor pertama dan kesannya kepada anak-anak juga sama seperti yang telah disebutkan di nombor pertama. Masalah yang dihadapi oleh anak tidak diselesaikan.

Apa yang anak pelajari?

Dirinya hanya menyusahkan ibu bapa dan dia tiada nilai dalam keluarga.

#3 – Ibu bapa Yang Selesaikan Masalah Untuk Anak

Ibu bapa ini juga hanya mahu diamkan anak dan menghentikan perbuatan anak. Ibu bapa ini selalunya merasuah (bribe) anak dengan apa saja asalkan anak tidak buat perangai.

Contohnya: “OK OK mama belikan aiskrim, jangan kacau. ”

“Nah gajet, jangan bising-bising dah.”

Sedangkan masalah anak tiada kena mengena dengan aiskrim ataupun gajet pun. Masalah anak tidak juga selesai dan anak tidak belajar untuk menyelesaikan masalah.

Apa yang anak pelajari?

Apabila buat perangai, dia dapat ‘reward’. ‘Best’nya!

#4 – Ibu bapa Yang Bantu Anak Selesaikan Masalah

Ibu bapa ini akan cuba lihat dan dengar apa keperluan anak yang tidak mencukupi dan apakah masalah yang menyebabkan anak buat perangai. Tidak cukup makankah? Letihkah? Kena bulikah? Kecewa dengan subjek matematik kah? Ibu bapa sibuk sangatkah?

Ibu bapa akan marah dan fokus pada PERBUATAN anak.

Contohnya: Jika anak berbohong, kenapa dia berbohong? Takut kena marahkah? Hendak lindungi kawan baik kah? Supaya dia dapat apa yang dia mahukah? Supaya ibu bapa tumpu perhatian kepada dia dan bukan adik sahajakah?

Apabila faham masalah yang dihadapi, ibu bapa ini juga cuba selami perasaan anak kerana anak pun manusia yang ada perasaan. Ini akan disusuli dengan slot penyelesaian masalah.

Apa yang sepatutnya dilakukan dalam situasi begini? Jika berlaku lagi apa yang harus dibuat? Apakah kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat (ini sesuai untuk 10 tahun ke atas, bukan anak 4 tahun).

Idea datangnya daripada anak, dengan bimbingan ibu bapa. Setiap masalah yang anak hadapi ialah peluang untuk ibu bapa dan juga guru untuk mendekati anak dan bantu anak dengan teknik penyelesaian masalah.

Kemampuan penyelesaian masalah bukan hanya hak milik mereka yang pandai akademik sahaja. Ia adalah hak semua untuk mempelajari dan memiliki kemahiran tersebut dan menggunakannya dalam kehidupan seharian juga.

“You can’t teach children to behave better by making them feel worse. When children feel better they behave better” Pam Lee

*KBAT – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami