Berita

JAWI – SOP Baharu Solat Jumaat & Fardu Di Wilayah Persekutuan Kawasan PKPP, PKPB

Oleh Fizah Lee  •  11 Dec 2020  •  2 min baca

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan SOP baharu berkenaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan yang melibatkan solat fardu, solat Jumaat serta kuliah-kuliah hariah.

#1 – Solat Jumaat Di Kawasan PKPP

Masjid dan surau Jumaat di kawasan zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan mengadakan solat Jumaat. Bilangan jemaahnya adalah berdasarkan kapasiti masjid dan surau.

Untuk masjid dan surau Jumaat yang berada di kawasan zon merah pula, bilangan jemaah dibenarkan kepada 12 orang sahaja.

#2 – Solat Jumaat Di Kawasan PKPB

Manakala, di kawasan yang terlibat dengan PKPB dan berada di zon hijau, kuning dan jingga, solat Jumaat dibenarkan dengan bilangan jemaah 1/3 sahaja dari keluasan ruang solat.

Untuk masjid yang berada di zon merah, bilangan jemaah adalah terhad kepada 12 orang sahaja.

#3 – Solat Fardu Di Kawasan PKPP

Solat fardu di kawasan zon hijau, kuning dan jingga dibenarkan dengan bilangan jemaah 1/3 daripada ruang solat.

Manakala, untuk masjid kawasan zon merah, jemaah solat fardu hanya dibenarkan seramai 3 orang sahaja.

Untuk surau di zon hijau, kuning dan jingga pula, bilangan jemaah yang dibenarkan adalah 1/3 sahaja dari ruang solat.

Manakala surau di kawasan zon merah hanya maksima 3 orang jemaah.

#4 – Solat Fardu Di Kawasan PKPB

Buat masjid yang berada di kawasan zon hijau, kuning dan jingga, bilangan jemaah yang dibenarkan hanya maksimum 40 orang sahaja.

Manakala, untuk kawasan zon merah, hanya 3 orang jemaah sahaja yang dibenarkan.

Surau di kawasan zon hijau, kuning dan jingga juga dibenarkan dengan jemaah hanya 1/3 dari keluasan dewan solat.

Untuk surau di kawasan zon merah hanya dibenarkan dengan maksima 3 orang jemaah sahaja.

#5 – Berkenaan Aktiviti Keagamaan

Untuk aktiviti keagamaan seperti kuliah, tazkirah, kelas pengajian Al-Quran dan sebagainya yang dianjurkan, hanya dibenarkan di kawasan masjid, surau Jumaat dan surau yang berada di zon hijau, kuning dan jingga sahaja.

Manakala, untuk di kawasan zon merah, ia tidak dibenarkan. Penetapan ini adalah selari sama ada di kawasan yang mengalami PKPP dan juga PKPB.

Ketetapan ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia mula berkuat kuasa pada 10 Disember 2020.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami