Ibadah

Jauhi Perasaan Lebih Baik Daripada Orang Lain

Oleh Natirah Azira  •  5 Mar 2019

(Perkongsian dalam video di atas disampaikan oleh Syeikh Dr Ramadan Al Buti, dibawakan oleh Hidayah Channel)

Jika kita merenung sedalam-dalamnya, kita akan mendapati Allah telah mencintai kita.

Jika kita renungkan, Allah telah mengurniakan nikmat kepada kita.

Jika kita renungkan, Allah telah memberi kita kemudahan hidup.

Jika kita renungkan, Allah telah memberi kita kemampuan untuk bernafas, untuk hidup lagi pada hari ini.

Jika kita renungkan, Allah telah memberi kita kudrat dan kemampuan untuk berdiri dan sujud di hadapannya.

Demi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah yang mencintai kita semua.

“Jika cinta kepada Allah telah menguasai hati anda, maka ia akan mengusir semua kegelapan selainNya”

Dan sesudah itu, apabila kita melihat kepada hamba Allah yang lain, kita akan merasakan bahawa mereka lebih baik daripada diri kita sendiri. Allah lah yang telah menempatkan kita berada di tempat sekarang, bukan semata hasil kudrat sendiri.

Inilah sifat yang wajib ada pada semua orang yang menyeru kepada amar ma’ruf(menyeru kebaikan) dan nahi munkar(menolak keburukan) yakni rasa rendah hati di hadapan Allah dan tidak sombong dengan manusia.

Semoga kita tidak menjadi korban syahwat, nafsu dan ego dalam diri.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami