Gaya Hidup

Janji Allah Dalam Al-Quran Buat Orang Yang Beramal Soleh

Oleh Natirah Azira  •  21 Sep 2020  •  2 min baca

Hati manusia secara fitrahnya inginkan kebaikan. Tidak kira seburuk mana pun seseorang, jauh di lubuk hati pasti terlintas untuk melakukan kebaikan walau hanya sekelumit.

Dan masa yang ada selama kita hidup ini merupakan peluang untuk merealisasikan niat untuk melakukan kebaikan dan amal soleh tersebut.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya agar melakukan amal soleh sebelum datang tujuh perkara iaitu kefakiran yang melupakan dari beramal, kekayaan yang menimbulkan rasa angkuh, penyakit, masa tua yang menyukarkan, kematian yang datang tiba-tiba, ketibaan dajjal dan juga hari kiamat.

Ketujuh-tujuh perkara inilah yang membuatkan seseorang semakin susah melakukan amal soleh. Justeru dalam masa yang masih ada, usahakanlah untuk beramal dengan sebaiknya. Allah tidak akan mensia-siakannya malah akan membalas dengan sebaik-baik balasan. Berikut janji Allah yang termaktub dalam Al-Quran buat orang yang melakukan amal soleh.

#1- Allah Akan Memberikan Hidup Yang Baik

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah An Nahl 16:97)

#2- Mendapat Pahala Yang Setimpal

وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah An Nahl 16: 97)

#3- Diberikan Kenikmatan Yang Baik

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepada-Nya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.(Surah Huud 11:3)

#4- Dikasihi Oleh Allah

وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“…Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali Imran 3:148)

#5- Allah Sentiasa Bersama Orang Yang Berbuat Kebaikan

وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ 

“…Allah bersama dengan orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (Surah Al-‘Ankabut 29:69)

Demikian janji-janji Allah kepada orang yang melakukan amal kebaikan. Janji Allah adalah janji yang paling benar dan boleh dipercaya kerana Allah berkuasa memberikan segalanya. Kita hanya perlu yakin dan percaya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami