Gaya Hidup

Jalan Terus, Jangan Takut Dengan Kata-Kata Orang!

Oleh Zulfikar Egar  •  11 Jul 2019  •  2 min baca

Ada orang pernah berkata, anjing akan menyalak pada orang yang dia tidak kenali. Dan anjing itu akan berhenti menyalak pada orang yang dia kenali.

Sebegitulah yang berlaku dalam kehidupan kita ini. Selagi kita tidak dikenali, baru hendak bertatih, bertapak dan sebagainya. Maka pasti akan ada banyak bunyi-bunyi suara sumbang yang kita akan dengar.

Kebiasaannya apa yang dialami mahupun dihadapi adalah ujian-ujian seperti ujian disindir, ujian diperli dan dipertikai kemampuan diri yang mana kita hanya mampu ‘telan hidup-hidup’ sahaja.

Di sini kita perlulah sedar bahawa, dalam melalui proses kehidupan ini, kita akan melalui berbagai ujian. Kesusahan, kesulitan, kesempitan, kerugian, dihimpit, dikecam, dikeji, disindir dan berbagai ujian yang pasti setiap insan akan merentasinya.

Berdoalah semoga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi tohmahan orang lain. Jalan terus dan usah pedulikan orang-orang yang hanya tahu melukakan perasaan orang.

Bersabarlah, kerana itu semua adalah ujian biasa untuk orang yang ingin melonjakkan prestasi demi hendak maju ke tingkat yang lebih tinggi. Ujian-ujian inilah yang akan membawa kita kepada suatu peringkat kehidupan yang lebih baik kemudiannya. Allah S.W.T ada menyebut akan perihal ini;

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” Surah al-Ankabut : 2

Inilah antara ujian-ujian kecil untuk kita tempuhi agar ia dapat membantu diri kita sendiri agar bangkit. Sebab kita tahu jalan di hadapan yang kita tuju itu ialah selain keredaan Allah di dunia, juga adalah syurga tertinggi oleh Allah S.W.T.

Justeru itu, tanamlah dalam minda kita, tatkala bila kita diuji dengan sesuatu yang hebat, maka bersiap sedialah untuk menerima kejayaan yang lebih hebat. Jika kita berfikiran sebegini, InsyaAllah hati akan rasa tenang.

Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami