Berita

JAIS – Akad Nikah Dibenar Di Pejabat Agama Daerah Bermula 2 November

Oleh Fizah Lee  •  30 Oct 2020  •  1 min baca

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan untuk memberi kelonggaran bagi melaksanakan upacara akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di seluruh negeri Selangor.

Hal ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor yang telah dilanjutkan bermula 28 Oktober sehingga 9 November 2020.

Jumlah kehadiran juga dihadkan kepada tiga orang sahaja yang dibenarkan termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

Kebenaran ini tertakluk kepada pemohon lelaki dan perempuan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin dengan melakukan temujanji terlebih dahulu.

Ia juga diberi kepada pasangan dalam Selangor atau pihak lelaki atau perempuan dari luar Selangor yang telah mendapat kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri.

Peraturan ini akan mula dikuat kuasa pada 2 November ini.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami