Remaja

Jaga Persahabatan Dengan 5 Adab Ini

Oleh Fizah Lee  •  14 Aug 2020  •  3 min baca

Setiap insan pasti mempunyai seseorang yang dijadikan tempat pergantungan. Secara hakikinya, tempat pergantungan kita adalah terhadap Allah. Hanya Allah yang layak dijadikan tempat mengadu dan bergantung harap.

Namun, dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan liku ini, pastinya kita memerlukan seseorang di sisi untuk membantu kita mengharungi kehidupan ini.

Seseorang itu pastilah yang digelar teman. Ada orang, teman baiknya adalah pasangannya sendiri, ada juga orang yang menjadikan kakaknya sebagai kawan baik tetapi ada yang Allah kurniakan seseorang yang tanpa pertalian darah sebagai sahabatnya.

Itu semua adalah anugerah Allah kepada hambaNya. Manusia itu sifatnya lemah. Disebabkan itu, mereka tidak boleh bersendiri. Pasti memerlukan seseorang untuk membantu menjalani kehidupan ini.

Dalam bersahabat, pastinya kita perlu menjaga adab untuk memastikan agar hubungan itu berkekalan dan dalam keadaan harmoni. Kalau bergaduh pun, pastinya akan ada jalan penyelesaian di sebaliknya.

Jadi, entri kali ini akan berkongsi mengenai beberap cara yang anda boleh lakukan untuk mengukuhkan tali ukhwah kalian;

#1 – Menyedari Kekurangan Dan Kelebihan

Setiap manusia perlu sedar bahawa kehiduan mereka ini penuh dengan kekurangan dan kelebihan. Mungkin, anda seorang yang tidak berapa reti bersosial. Tetapi, kawan anda pula mempunyai ramai kawan dah tahu bersosial.

Jadi, apa kata jadikan kelebihan kawan anda itu untuk membantu anda bersosial dan berkenalan dengan teman baru.

#2 – Ketahui Setiap Manusia Punya Kehidupan

Dalam berkawan, kita perlu sedar bahawa kawan kita bukan milik sesiapa. Mereka adalah milik diri sendiri. Anda pula adalah milik diri anda.

Justeru, mereka juga mempunyai kehidupan lain selain daripada dengan kita sahaja. Jangan mengongkong kehidupan mereka kerana itu hanya menyebabkan hubungan menjadi mudah rapuh.

Ketahuilah bahawa kita adalah sebahagian daripada kehidupan seseorang. Hidup ini bukan untuk kita sahaja. Sama juga dengan orang lain yang merupakan sebahagian daripada kehidupan kita.

#3 – Hormati Kehidupan Peribadi Mereka

Ada orang yang terlalu rapat sehingga mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan temannya seperti masalah keluarga atau kesihatan. Tetapi, tidak semua begitu.

Walaupun ada yang bersahabat, mungkin ada perkara yang tidak selesa untuk dikongsikan. Jadi, hormati perkara tersebut kerana ia merupakan hak peribadi seseorang.

Sebagaimana anda ingin dihormati, begitu juga dengan orang lain. Tidak salah untuk bertanya. Namun, jika si dia belum bersedia atau tidak ingin berkongsi, maka hormatilah keputusannya itu.

#4 – Jaga Rahsia

Ini merupakan perkara yang paling penting. Apabila seseorang sudah selesa dengan anda sehingga boleh menceritakan apa sahaja termasuk rahsia, maka jagalah ia baik-baik.

Ia merupakan amanah kepada anda untuk disimpan. Jangan dijaja kisahnya di mana-mana termasuk di media sosial tanpa izinya.

#5 – Jujur Dan Ikhlas

Jujur dan ikhlaslah dalam bersahabat. Jangan jadikan alasan lain semata-mata untuk rapat dengannya dan dalam masa yang sama jangan seperti talam dua muka.

Berkawan dengannya bukan disebabkan hartanya, popularitinya atau nilai yang ada pada dirinya tetapi berkawanlah kerana hatinya supaya hati anda juga sentiasa tenang setiap kali dengannya.

Kesimpulan

Tuntasnya, bersyukurlah buat anda jika dianugerahi teman. Ada orang yang mungkin masih lagi sedang menanti seseorang untuk dijadikan teman sejatinya.

Jadi, dalam bersahabat pastikan hubungan itu sentiasa elok dengan mengamalkan adab yang telah digariskan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami