Inspirasi

Jack Ma: Insan Yang Kebal Dengan Penolakan Dan Kegagalan

Oleh Anas  •  18 Jul 2017  •  3 min baca

“Kita terus berjuang. Kita terus lakukan perubahan diri. Kita tidak merungut.”

Ma Yun dilahirkan di Hangzhou yang terletak di bahagian tenggara China pada 15 Oktober 1964. Beliau mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Mereka membesar semasa komunis China dipinggirkan Barat. Keluarganya pula tidak mempunyai banyak wang pada masa itu.

Ini kerana ibu dan bapanya hanyalah pemuzik-pencerita tradisi. Malah, pendapatan mereka tidak cukup untuk mereka berada dalam kumpulan kelas pertengahan.

Ma seorang yang kurus kering tapi berani. Jadi, beliau sering terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sekelasnya walaupun mereka secara fizikalnya lebih besar daripada dirinya. Semasa kecil juga, Ma mempunyai minat mengumpul cengkerik. Kerana hobinya itu, Ma dapat mengenali jenis cengkerik hanya dengan mendengar bunyinya.

Selepas Presiden Nixon iaitu Presiden Amerika Syarikat melawat Hangzhou pada tahun 1972, tempat kelahiran Ma terus menjadi lokasi tumpuan pelacong. Ma yang sentiasa teringin belajar Bahasa Inggeris, mengambil peluang itu untuk pergi ke hotel-hotel utama bandar.

Beliau menawarkan khidmat pemandu pelancong di sekitar bandar. Bayarannya bukan dengan wang tapi dengan mengajarnya Bahasa Inggeris. Dari situlah Ma mendapat nama “Jack”. Ia diberikan kepada beliau oleh seorang pelancong yang menjadi sahabatnya ketika itu.

Tanpa wang atau hubungan dengan sesiapa yang boleh membantunya, Ma tahu peluang yang ada untuknya adalah menerusi pendidikan. Jadi, selepas menamatkan sekolah tinggi, beliau memohon untuk memasuki kolej. Malangnya beliau gagal peperiksaan memasuki kolej sebanyak 2 kali.

Ma juga mengatakan dia pernah gagal sebanyak 10 kali dalam permohonannya untuk memasuki Universiti Harvard. Sebenarnya Ma juga turut gagal sebanyak dua kali semasa peperiksaan kemasukan ke sekolah rendah dan sekolah pertengahan.

Ma tidak berputus asa dan terus berusaha. Beliau akhirnya berjaya dalam peperiksaan kemasukan kolej selepas percubaannya yang ketiga. Beliau memasuki Institut Perguruan Hangzhou untuk menyambung pengajian Bahasa Inggeris. Ma tamat pengajian pada tahun 1998 dan mula memohon pelbagai pekerjaan.

Sekali lagi beliau melalui cabaran dalam hidupnya. Beliau ditolak oleh banyak syarikat termasuk KFC. Pasukan Polis juga tidak mahu mengambilnya bekerja. Berapa jumlah kegagalannya dalam mencari pekerjaan? 30 kali!

Selepas siri kegagalan itu, rezeki Ma rupa-rupanya adalah sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah univerisiti. Ma amat sesuai sebagai pendidik dan menyayangi kerjayanya walaupun gajinya hanyalah $12 sebulan.

Ma tiada pengalaman dalam komputer dan pengekodan, tapi beliau amat tertarik dengan internet semasa kali pertama menggunakannya semasa satu lawatan di Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Beliau sebelum itu sudah mempunyai perniagaan penterjemahan. Oleh itu, lawatan tersebut adalah untuk membantu sebuah firma China mendapatkan kembali bayaran mereka. Carian atas talian yang pertama Ma lakukan ialah ‘beer’.

Beliau terkejut apabila mendapati tiada arak dari China yang muncul dalam hasil cariannya. Ketika itulah beliau membuat keputusan untuk menubuhkan syarikat internet untuk negara China.

Dua usaha terawalnya gagal. Namun, 4 tahun kemudian, beliau mengumpulkan 17 orang sahabatnya dan meyakinkan mereka untuk melabur dalam pasaran atas talian yang dipanggil Alibaba. Laman sesawang ini membolehkan pengeksport meletakkan senarai produk mereka kepada pelanggan supaya pelanggan dapat membeli produk tersebut secara terus.

Ia telah menarik ramai ahli dari serata dunia. Pada Oktober 1999, Alibaba berjaya mendapat $5 juta dari Goldman Sachs dan $20 juta dari SoftBank dan sebuah syarikat telekomunikasi Jepun yang turut melabur dalam syarikat-syarikat teknologi.

Pada tahun 2005, Yahoo melabur sebanyak $1 bilion dalam Alibaba. Sebagai ganti adalah 40% saham dalam syarikat. IPO bernilai $150 bilion adalah tawaran terbesar oleh syarikat senarai saham Amerika Syarikat.

Nilai Alibaba kini melebihi Facebook dan telah memproses barangan lebih banyak berbanding gabungan eBay dan Amazon. Ma meletakkan jawatannya sebagai CEO pada tahun 2013 tetapi mengekalkan posisinya sebagai Pengerusi Eksekutif. Ma kini merupakan lelaki terkaya di China dengan nilai $25 bilion tetapi masih merendah diri dan kekal dengan dirinya sendiri.

Ma belajar dari kegagalan. Mengharungi kesakitan akibat kegagalan dan penolakan dijadikan sebagai satu peluang untuk belajar dan terus maju. Katanya,

“Kita hanya perlu membiasakan diri dengannya. Kita tak sebagus itu.”


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami