Tokoh

Jabir Ibn Haiyan: “Terima Kasih” Dari Eropah

Oleh Anas  •  8 Jun 2017  •  2 min baca

Kimia merupakan cabang sains yang amat membangun dalam dunia Arab. Malah perkataan ‘kimia’ itu sendiri diambil daripada bahasa Arab iaitu ‘al-Kimya’.

Maka, bukanlah sesuatu yang pelik apabila Bapa Kimia juga berasal dari sana. Bapa Kimia. Itulah gelaran yang diberikan kepada Jabir Ibn Haiyan atau nama sebenarnya Abu Musa Jabir Ibn Haiyan. Beliau juga adakalanya digelar sebagai al-Harrani dan al-Sufi. Bapanya merupakan seorang ahli farmasi.

Beliau merupakan anak didik kepada Imam Ja’far Sadiq dan putera Umayyah iaitu Khalid Ibn Yazid. Awal hidupnya, beliau banyak mempraktikkan bidang perubatan dan berada di bawah naungan Barmaki Vizir semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah dan Harun al-Rashid.

Semasa kejatuhan Barmaki, beliau turut menerima kesannya di mana beliau dikenakan tahanan dalam rumah di Kufa.

Sumbangan terbesar Jabir adalah menerusi bidang kimia. Beliau memperkenalkan siasatan eksperimentasi ke atas kimia yang mana mengubah karakternya kepada kimia moden.

Antara sumbangannya adalah penyempurnaan teknik sains seperti penghabluran, penyulingan, pengkalsinan, pemejalwapan, dan penyejatan. Namun, pencapaian terbesarnya adalah penemuan mineral dan asid-asid yang lain.

Jabir Ibn Haiyan menjadi pencipta dan pengasas kepada banyak penemuan kimia sehingga beliau dikenali sebagai perintis dalam bidang sains gunaan.

Pencapaian beliau termasuk penyediaan pelbagai logam, perkembangan keluli, pewarnaan kain, penyamakan kulit, memvarnis kain kalis air, penulisan dengan huruf emas dan sebagainya.

Terlalu banyak sumbangan Jabir Ibn Haiyan dalam bidang sains. Malah banyak kosa kata ilmu sains dicipta olehnya. Secara keseluruhannya, beliau menghasilkan 100 karya bersejarah dengan 22 daripadanya adalah mengenai kimia.

Kitab al-Kimya dan Kitab al-Sab’en telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan pelbagai lagi bahasa Eropah.

Oleh itu, pembangunan kimia di Eropah secara tidak langsung adalah kesan daripada sumbangan Jabir Ibn Haiyan dalam bidang tersebut.

Jabir Ibn Haiyan meninggal dunia pada 803 C.E


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami