Gaya Hidup

Isu Boikot Dan ‘Buy Muslim First’ (Siri 2)

Oleh Pahrol Mohamad Juoi  •  10 Nov 2019  •  3 min baca

#3- Tidak Mampu Memboikot

Berkata seorang sahabat rapat saya seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

“Lebih baik boikot hedonisme.”

“Mengapa?”

“Hampir semua budaya hedonisme ditaja dan didalangi oleh Yahudi.”

Saya terdiam. Ada benarnya kata sahabat saya itu. Tentu dia sudah membuat kajian dan penerokaan. Katanya semangat;

“Kerosakan oleh hedonisme lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng”

Sekali lagi saya mengangguk-angguk. Filem, lagu, fesyen, muzik yang bertentangan syariat sangat dekat dengan kehidupan umat Islam masa kini. Sedar tidak sedar, kitalah pengguna terbesar produk hedonisme Yahudi. Ujar saya perlahan.

“Tetapi langkah ini susah sedikit. Hampir setiap masa umat Islam ‘menikmati’ lagu-lagu dan filem sebegitu”

“Susah? Kalau nak lawan Yahudi kenalah susah. Mana lebih susah, umat Islam Palestin yang sedang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada produk hedonisme Yahudi?”

Saya tersenyum sinis melihat bagaimana ada kalanya agenda hedonisme diuar-uarkan kononnya untuk menentang Zionis. Aktiviti hiburan keterlaluan, pendedahan aurat dan pergaulan bebas dijadikan wadah untuk memerangi Yahudi padahal itu semua ialah cara hidup yang memang “disukai” oleh Yahudi.

Ramai yang tidak sedar bahawa Yahudi ialah penaja kepada budaya pendedahan aurat dan pergaulan bebas dunia masa kini.

Mereka bukan sahaja meraih keuntungan komersial bahkan berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk-produk hedonisme itu.

Saya setuju benar dengan pandangannya. Dan saya lihat dia benar-benar mempraktikkan cakap-cakapnya. Syabas!

#5- Sudah Lama Boikot

Saya lihat wajahnya selamba. Seolah-olah begitu naif. Imam masjid itu benar-benar mengejutkan saya. Soalan yang diajukan kepadanya sangat gah. Ingin mendengar soalan itu? Ya, ini soalannya:

“Apakah peranan imam seperti anda dalam usaha memboikot Yahudi?”

Jawabnya pendek;

“Saya dah lama boikot”

“Sejak bila?”

“60 tahun lalu!”

Biar betul imam ni. Zionis baru sahaja mengganas awal Januari 2009. Dia pula mendakwa sudah mula memboikot Yahudi sejak 60 tahun yang lalu. Negara Israel itu pun baru wujud pada tahun 1948. Saya seolah-olah mengingatkan;

“Israel pun baru wujud 51 tahun yang lalu,”

Imam itu senyum lalu berkata;

“Tetapi al-Quran sudah menjelaskan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah 1400 tahun yang lalu. Sejak al-Quran diturunkan!”

Saya benar-benar terkejut. Terkesima. Ini bukan sebarang imam. Saya bertanya lagi;

“Kalau begitu kenapa tuan katakan sejak 60 tahun?”

Imam itu masih tersenyum. Kali ini dengan lebih serius dia berkata;

“Saya anak tok guru pondok. Sejak berumur 10 tahun, almarhum ayah saya telah mendidik dengan al-Quran. Saya masih ingat, pesan ayah ketika mentafsirkan ayat-ayat Quran berkaitan dengan Yahudi: ‘Yahudi itu musuh Islam. Kena lawan mereka habis-habisan!’”

Belum sempat saya bertanya, dia menyambung bicaranya:

“Saya tanyakan ayah macam mana melawan Yahudi?”

Ya, itulah juga soalan yang ingin saya tanyakan kepadanya.

“Hidup ikut syariat Islam. Jaga akidah. Jaga akhlak. Hidup cara Islam. Itulah kaedah melawan Yahudi. Jadi, saya dah lama boikot Yahudi ni…”

Ya, saya dapati di pondok pengajian bersebelahan masjid tempat dia menjadi imam, tidak ada ubat gigi, ayam goreng, CD, VCD, kopi dan lain-lain produk yang tersenarai sebagai produk berkaitan Yahudi.

Remaja lelaki dan wanitanya tidak mendedahkan aurat. Tidak ada pergaulan bebas.

Ayat-ayat Quran dan zikir sentiasa berkumandang melalui corong pembesar suara dari masjid dan celah-celah rumah berhampiran. Dia dan “daerah”nya itu telah lama memboikot cara hidup Yahudi!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Pahrol Mohamad Juoi

Pahrol Mohamad Juoi

Merupakan pendakwah dan penulis. Menjadi jurulatih dan perunding latihan di Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami