Keluarga

Istighfar, Hadiah Terbesar Anak Kepada Orang Tuanya

Oleh Fizah Lee  •  12 Nov 2020  •  2 min baca

Saya tertarik untuk berkongsi kepada anda sebuah tazkirah ringkas yang saya dengar melalui corong radio. Tajuknya sudah saya lupa, namun ia berkenaan dengan hadiah seorang anak buat orang tuanya.

Kata penceramah tersebut; setiap dari kita pasti menunggu masa yang tepat untuk memberikan hadiah kepada orang tua masing-masing. Ada yang menunggu sehingga sudah bergraduasi, ada pula yang menunggu sehingga mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Pendek kata, kita sentiasa mencari masa yang tepat, namun sedarkah kita bahawa setiap masa merupakan masa yang tepat dan sesuai untuk memberi hadiah.

Hadiah itu tidak perlu berupa wang ringgit yang lumayan atau majlis kejutan istimewa; jika tidak mampu, masakan kita perlu memaksa diri kita untuk menyediakannya.

Sebaliknya, sediakan setakat yang termampu kerana itu adalah yang lebih baik dan menunjukkan keikhlasan seseorang.

Jika selalu memberi alasan untuk menunggu masa yang tepat, bimbang pula masa itu tidak akan hadir sebaliknya mereka pula yang akan pergi.

Sementara masih ada dan anda juga mempunyai kudrat, sementara itulah kita sebenarnya sentiasa dikurniakan masa untuk memberi kepada mereka.

Tahukah anda, ada sebuah hadiah yang paling bermakna dan paling besar yang boleh dikurniakan kepada orang tua anda, iaitu memohon keampunan kepada Allah

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Maksud: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka, dia berkata: “Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini?” Allah berfirman: “Dengan istighfar anak kamu kepadamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, 10610. Dinukilkan sahih oleh Syeikh Syuaib al-Arnouth)

Dalam hal ini, perbuatan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah salah satu perkara yang boleh membantu kehidupan akhirat mereka agar dapat dilalui dengan baik.

Sudah menjadi tanggungjawab manusia yang bergelar anak itu sendiri untuk mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat orang tua mereka sama ada untuk dunia mahupun akhirat.

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami