Ibadah

Ini Kata Al-Quran Mengenai Usia Untuk Renungan Bersama

Oleh Fizah Lee  •  2 Jan 2020  •  3 min baca

Menjelang 2020, pasti semua sedang ditanyakan mengenai azam tahun baru dan pencapaian membanggakan pada tahun lama. Dalam sedar atau tidak, bukan azam sahaja yang perlu diambil perhatian namun juga peningkatan usia seseorang.

Usia merupakan angka yang dihitung terhadap diri seseorang sama ada benda, manusia, binatang dan segala jenis makhluk di dunia ini bermula daripada kewujudannya sehingga tarikh luputnya.

Banyak perkongsian mengenai usia yang telah dinukilkan sama ada dalam bentuk kalamNya mahupun sabda Baginda SAW. Berikut merupakan beberapa kalam daripada Al-Quran yang mengajarkan manusia mengenai usia dan maksudnya:

#1 – Semakin Bertambah Usia, Semakin Lemah Tangan Menggenggam

Allah ingin mendidik hambaNya untuk melepaskan cinta terhadap dunia. Mencari Allah itu adalah berdasarkan pencarian kita kepada akhirat.

مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ
أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mafhum: “Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Mereka orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari tiu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Hud, 11:15-16)

#2 – Semakin Bertambah Usia, Semakin Kabur Mata

Jika terlalu mencintai dunia, maka mata kita akan dikaburi dengan perihal dunia sehingga kita lupa akan alam yang kekal abadi, iaitu alam akhirat. Allah ingin mengajar kita bahawa kaburnya mata bermaksud sedikit demi sedikit nikmat penglihatan dan mata kasar ditarik agar mata hati kita boleh melihat perkara yang sebetulnya.

وَمَن كَانَ فِي هَـٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلً

Mafhum: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.” (Surah Al-Isra’, 17:72)

#3 – Semakin Bertambah Usia, Semakin Sensitif Perasaan

Makhluk itu sifatnya berubah-ubah. Namun, manusia sering meletakkan pergantungan kepada mereka sehingga kadang-kadang perasaan itu akan diikuti dengan kekecewaan.

Disebabkan itu, Allah ingin mengajar bahawa tiada satu pun di dunia ini yang boleh dijadikan tempat pergantungan melainkan Allah.

وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّـهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ ۗ وَإِلَى اللَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Mafhum: “Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah Luqman, 31:22)

#4 – Semakin Bertambah Usia, Semakin Merasa Sunyi

Allah ingin mendidik jiwa setiap hambaNya bahawa tiada satu pun yang kekal di dunia ini. Disebabkan itu Allah menghantar perasaan sunyi ditambah dengan pemergian insan-insan terdekat agar hati kita percaya bahawa hanya Allah yang kekal Abadi.

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Mafhum: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah Al-An’am, 6:32)

Kesimpulan

Tiada siapa yang tahu sampai bila usianya akan berhenti menghitung kerana usia itu adalah rahsia Allah terhadap hambaNya agar mereka tidak akan mensia-siakan setiap saat yang berlalu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Oleh itu, menjelang tahun baru ini, gunakanlah usia anda ke arah yang lebih baik tidak pernah wujud istilah terlambat untuk menuju jalan yang betul.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Facebook Pakar Diari Hati


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami