Hutang bukan setakat PTPTN, hutang bank, loan kereta & pinjaman along.
Sebenarnya kita ada ‘hutang’ yang patut diselesaikan setiap hari iaitu hutang nikmat.
Tuhan dengan sifat kasih-sayangNya telah melengkapkan kita dengan peralatan terbaik iaitu tubuh-badan. Tetapi ia bukan diberikan secara percuma tanpa apa-apa bayaran.
Ada amanah yang perlu dilaksanakan. Ada ‘bayaran’ yang perlu dilunaskan dalam bentuk sedekah.
Sudah pasti sedekah yang perlu dilunaskan ini mahal sebab nikmat yang diberi pinjam amat berkualiti tinggi. Tubuh-badan kita ini harga sewaannya bukan pada tahap ‘kancil’ tetapi bak menyewa kereta ‘porshe’.
Itulah anologinya.
Maksudnya, kita sebenarnya tidak mampu pun hendak ‘bayar’ yurannya. Tetapi Tuhankan Maha Pengasih? Dia berikan benda berkualiti tapi Dia cuma minta kita dalam bayar minimum.
Seolahnya kita diberi pinjam Porshe tapi Dia minta kita bayar seringgit sahaja setiap hari.
Bolehkah anda bayar ‘seringgit’ itu sebagai tanda syukur dan terima kasih kepadanya?
Maka, inilah cara bayaran ‘seringgit’ atas nikmat anggota badan berharga ‘sejuta’ – ‘bayar sedekah’ dengan laksanakan solat Dhuha.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Setiap tulang dan sendi anggota badanmu ada sedekahnyaa, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap amar ma’ruf adalah sedekah dan setiap nahi munkar adalah sedekah.
Maka, yang dapat mencukupi hal itu hanyalah dua raka’at yang dilakukannya dalam solat Dhuha.”
HR.Ahmad, Muslim dan Abu Daud
Benarlah dari sudut fekahnya, solat Dhuha hukumnya sunat. Tapi saya ajari diri,saya perlu ‘wajib’kan solat Dhuha untuk tunjukkan kepada Tuhan rasa terima kasih.
Dan selalunya Tuhan amat menghargai usaha kecil kita. Dia akan berikan lagi nikmat lebih besar berjuta-juta apabila hambanya mula belajar bersyukur, mula belajar menghargai.
Itulah formula berinteraksi denganNya. Itulah juga formula untuk kita mudah jalani hidup lancar, bahagia dan diberkati iaitu :
The more you give, the more you get back from Him (Allah s.w.t).
Jom, jangan tinggal solat Dhuha.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.