Tokoh

Imam Muzani, Murid Imam Syafi’e Yang Warak Terhadap Ilmu

Oleh Fizah Lee  •  2 Oct 2020  •  3 min baca

Siapa yang tidak kenal akan Imam Syafi’e yang merupakan pelopor mazhab Syafi’e yang sangat terkenal dan digunakan oleh penduduk Malaysia.

Namun, entri kali ini akan memperlihatkan mengenai salah seorang murid Imam Syafi’e yang sangat warak dan berhati-hati dalam menuntut dan menukilkan ilmu.

Beliau adalah Imam Al-Muzani yang merupakan antara murid yang paling awal dan lama berguru dengan Imam Syafi’e.

Nama sebenar beliau adalah Ismail bin Yahya bin ‘Ismail al-Muzani. Al-Muzani adalah nama yang disandarkan pada Muzainah bin Add bin Thabikhah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add. Nama Muzainah adalah ibu dari kabilah yang sangat masyhur.

Beliau telah dilahirkan pada 175 Hijrah dan telah hidup selama 89 tahun. Kehidupannya adalah pada zaman penguasa Al-Abasiyyah, iaitu Harun Ar-Rasyid, Muhammad Al-Amin dan Al-Ma’mun.

Sikap Hati-Hati Beliau Terhadap Ilmu

Beliau telah berguru dengan ramai ulama yang masyhur dalam usahanya untuk memperksakan ilmu terutamanya dalam bidang fikh dan ibadat.

Antara guru beliau adalah Muhammad bin Idris As-Syafi’e, ‘Ali bin Ma’bad bin Syaddad, Nu’aim bin Hammad dan Ashbag bin Nafi.

Walaupun beliau tidak mempunyai riwayat yang banyak, namun beliau juga mempunyai murid yang ramai yang menguasai ilmu pengetahuan dengan baik sehingga boleh meriwayatkan pelbagai pengetahuan.

Antara murid beliau adalah Abu Bakar Muhammad bin Ishaq yang telah menulis kitab Sahih Ibnu Khuzaimah, Abu Jaafar Ahmad bin Muhammad bin Salamah Ath-Thahawi serta Abu Muhammad ‘Abdurrahman bin Abi Hatim ar-Razi yang telah menulis kitab Al-Jarh wa At-Tardil dan ramai lagi.

Beliau sangat berhati-hati dengan ilmu yang dimiliki dan dalam masa yang sama beliau tidak akan mengambil ilmu ragu-ragu atau tidak pasti kesahihannya.

Imam Nawawi menyebutkan – “Jika muncul keraguan akan halal haramnya sesuatu perkara sedangkan tidak ada dalil tegas, tidak ada ijma, namun ia mempunyai kemampuan untuk ijtihad, maka ia akan berijtihad dengannya. Namun, jika tidak jelas mengenainya, maka ia akan meninggalkannya.” (Syarh Muslim, 11:28)

Abu Sulaiman Ad-Darani juga berkata bahawa beliau adalah seorang yang sangat zuhud dengan ilmunya. Hal ini kerana, setiap ilmu yang diperoleh pasti akan diusahakan untuk mengingatkanya kepada Allah dan memantapkan lagi keimanannya.

Disebabkan kefakihan ilmunya, beliau telah digelar sebagai penolong Imam Syafi’e terutamanya dalam bidang fikh. Imam Syafi’e berkata:

Maksud: “Al-Muzani adalah penolong mazhabku (Siyar A’lamin Nubalaa’ karya adz-Dzahaby (12/493), Thobaqat asy-Syafi’eyyah al-Kubro karya Tajuddin as-Subkiy (2/94).”

Imam Syafi’e juga menyebutkan bahawa beliau merupakan seorang penuntut ilmu yang sangat hebat dalam perdebatan dan cukup kuat dalam beribadah.

Kewafatannya

Beliau telah meninggal dunia pada 264 Hijrah di usia 89 tahun pada bulan Ramadan selepas berjaya menghasilkan beberapa karya yang sangat bermanfaat dan dijadikan rujukan sehingga kini, iaitu;

#1 – Ahkaamul Qur’aan

#2 – Ifsaadut Taqliid (kerosakan perbuatan taqlid)

#3 – Al-Amru wan Nahyu ala Ma’na asy-Syafi’e

#4 – At-Targhiib fil ‘ilmi

#5 – Al-Jaami’us Shoghiir

#6 – Syarhus Sunnah

Rujukan:
Rumaysho.com
Kajian Mengenai Al-Muzani


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami