Tokoh

Imam Al Bukhari Anak Kecil Yang Alim

Oleh Zulfikar Egar  •  25 May 2019  •  2 min baca

Kebanyakkan tokoh-tokoh ilmuan terdahulu belajar ketika usia mereka masih muda lagi. Misalnya seperti Imam Muhammad ibn Ismail al-Bukhari atau lebih dikenali sebagai Imam al-Bukhari, penulis Kitab Sahih al-Bukhari yang meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah.

Imam al-Bukhari mula belajar menuntut ilmu hadis ketika beliau berumur 10 tahun. Pada umur 10 tahun itulah beliau mula menghafal hadis dan menekuni bidang hadis.

Sampai satu ketika, setahun selepas beliau mula belajar hadis, pada waktu umurnya 11 tahun. Imam al-Bukhari yang masih kecil pada waktu itu telah menghadiri majlis ilmu seorang tokoh besar hadis pada zaman tersebut iaitu Sheikh al-Dakhili.

Walaupun Imam al-Bukhari baru sahaja berusia 11 tahun pada ketika itu dan baru sahaja setahun belajar hadis tetapi disebabkan bakat yang ada padanya dan kesungguhannya. Imam al-Bukhari telah mampu menguasai ilmu-ilmu hadis dengan baik.

Ketika menghadiri majlis ilmu Sheikh al-Dakhili, sheikh tersebut telah membawa satu hadis yang isnadnya dikatakan daripada Sufian, daripada Abu Zubair, daripada Ibrahim.

Mendengar isnad yang disebut oleh Sheikh al-Dakhili tersebut, lantas Imam al-Bukhari yang masih kecil pada ketika itu pun menegur Sheikh al-Dakhili dengan baik dan elok. Kata Imam al-Bukhari yang masih kecil pada waktu itu:

“Hadis ini bukan macam ini sebenarnya…”

Tokoh besar tersebut apabila mendengar teguran Imam al-Bukhari yang masih kecil itu, langsung tidak memperlekehkan pandangan Imam al-Bukhari. Sheikh tersebut tidak mengatakan perkataan seperti

“Kamu budak, kamu siapa nak lawan aku?”

Sheikh al-Dakhili tidak tanya sebegitu. Bahkan sheikh tersebut bertanya:

“Apa yang kamu ada wahai kanak-kanak? Apa yang kamu ada beritahu. Kalau aku ada silap, beritahu.”

Lalu Imam al-Bukhari yang masih kecil itu pun berkata:

“Sebenarnya sanad tersebut bukan Abu Zubair bin Ibrahim tetapi yang sebenarnya adalah Az Zubair bin Ali daripada Ibrahim.”

Imam al-Bukhari membetulkan sebutan isnad Sheikh al-Dakhili sebelum itu iaitu Abu Zubair. Selepas majlis itu, Sheikh al-Dakhili pun pulang dan mencari balik rujukannya. Buka semula kitab-kitabnya dan akhirnya beliau mendapati apa yang dikatakan oleh Imam al-Bukhari itu adalah betul dan Sheikh al-Dakhili terus tulis serta betulkan apa yang telah beliau tersilap.

Kisah ini menunjukkan bahawa, sewaktu Imam al-Bukhari masih kecil lagi, beliau telah ada penguasaan ilmu yang hebat. Wallahualam.

Rujukan:
Kisah Kehebatan Imam al-Bukhari Ketika Kecil (Dr. Kamilin Jamilin)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami