Berita

Iftar Di Rumah Putih : Resepi Trump Untuk Perdamaian Sempena Ramadan

Oleh Tim Tazkirah  •  30 May 2018  •  5 min baca

LONDON : Buat atau tidak? Presiden sebelum ini melakukannya. Pertama kali dilakukan seawal pada tahun 1805. Namun, Presiden AS ke-45, Donald Trump tiada apa-apa jika tidak memecahkan tradisi.

Ini adalah punca mengapa dalam 2017, beliau menjadi Presiden pertama dalam masa 20 tahun untuk tidak menjadi tuan rumah bagi majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan atau Aidilfitri.

Namun begitu, tahun ini, terdapat khabar angin menyatakan bahawa akan diadakan majlis berbuka di Rumah Putih pada awal Jun, walaupun begitu pengesahan rasmi masih belum diketahui sejauh mana kebenarannya.

Hubungan antara pentadbiran baharu AS dan orang Islam AS tidak begitu mesra semasa Ramadan tahun lepas. Dalam proses berkempen pada tahun 2015 menuju pilihan raya dalam pilihan raya dalam bulan November 2016, Presiden menyeru agar orang Islam tidak dibenarkan memasuki AS “sepenuhnya”.

Antara tindakan terawal pentadbiran baharu adalah percubaan untuk menghalang kemasukan daripada 7 buah negara Islam ke AS, satu dasar yang sedang dicabar dan ditentang dalam mahkamah.

Pada tahun 2016, CNN melaporkan bahawa pentadbiran baharu telah mengarahkan pemantauan terhadap masjid, dengan berkata “kita mungkin perlu memeriksa, dengan penuh hormat, masjid-masjid. Dan kita juga perlu memeriksa tempat-tempat lain. Kerana ini akan menjadi masalah, jika kita tidak menyelesaikannya, ia akan memakan negara kita hidup-hidup, OK?”.

Tahun lepas, Ramadan berlalu hampir tiada kenyataan daripada Rumah Putih, selain daripada kenyataan yang ditandatangani oleh Donald dan Melania Trump dan dikeluarkan pada penghujung bulan suci yang menyatakan bahawa: “Orang Islam di AS turut serta bersama-sama orang Islam seluruh dunia untuk memberi tumpuan terhadap kepercayaan dan amal jariah. Kini, ketika mereka memperingati Aidilfitri bersama-sama keluarga dan rakan-rakan, mereka meneruskan tradisi membantu jiran dan membahagikan makanan kepada semua lapisan masyarakat”.

Ketika cuti ini, kami mengingatkan betapa pentingnya rahmat, belas kasihan dan muhibah. Bersama-sama orang Islam di seluruh dunia, AS memperbaharui komitmen kami untuk menghormati nilai-nilai ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan ini tidak dikeluarkan di dalam mana-mana laman media sosial Trump.

Presiden AS ketiga, Thomas Jefferson merupakan Presiden pertama menganjurkan majlis Iftar ketika dia melewatkan makan malam Rumah Putih pada 9 Disember 1805 sehingga terbenam matahari bagi meraikan tetamunya, Sidi Soliman Mellimelli, utusan khas daripada Tunisia.

Semasa Hillary Clinton dinobatkan sebagai Wanita Pertama, beliau telah menghidupkan semula amalan ini pada tahun 1996, dengan menganjurkan majlis untuk menyambut Aidilfitri yang turut dihadiri oleh kira-kira 150 orang diplomat, penggubal undang-undang dan pemimpin masyarakat Islam. Dari tahun 1999, majlis berbuka puasa ini menjadi aktiviti tetap dalam kalendar Rumah Putih, diteruskan oleh George W. Bush dan Barack Obama.

Malah orang Israel turut meraikan majlis berbuka puasa ini. Dalam tahun 2011, Duta Israel ke AS, Michael Oren buat pertama kalinya menganjurkan majlis makan malam bagi berbuka puasa di kediaman rasminya di Washington. Tetamu berbuka puasa dengan kurma, jus aprikot dan sup dan disajikan makanan halal selepas solat.

Maka, tidak hairanlah Trump dikecam teruk kerana tidak mengadakan majlis membuka puasa di Rumah Putih pada Ramadan tahun lepas. Haroon Moghul, Fellow Hubungan Jewish-Islam di Institut Shalomm Hartman, menganggap keputusan itu “permulaan kebenciannya terhadap kita, satu retorik telah dijadikan polisi”.

Reuter melaporkan bahawa kesalahan diletakkan pada Rex Tillerman, kemudian Setiausaha Negara, yang enggan menganjurkan majlis, menolak cadangan oleh Pejabat Agama dan Hubungan Dunia yang berada di bawah pentadbirannya, Jabatan Negara. Apabila dtanya mengapa tiada majlis berbuka puasa di Rumah Putih, Setiausah Akhbar iaitu Sean Spicer (yang sukar untuk mendapat jawapan darinya) hanya menjawap “Saya tidak tahu.

Namun, pihak lain ada jawapannya. “Rumah Putih telah memberhentikan majlis berbuka sejak pentadbiran Trump tidak berminat,” kata Jalil, Presiden PAKPAC, sebuah organisasi Pakista-Amerika yang menganjurkan majlis berbuka pada 23 Mei di Capitol Hill untuk ahli-ahli Kongres.

Jawatankuasa Tindakan Politik kami telah mengetuai majlis berbuka untuk tahun kedua berturut-turut, dan kami telah menegaskan kepentingan aktiviti politik di kalangan masyakarat Islam Pakistan yang tinggal di Amerika“.

Namun, tahun ini, terdapat tanda-tanda perubahan. Tanda pertama adalah suasana yang agak panas. Ada yang mengatakan perdamaian, ucapan alu-aluan daripada Presiden di awal Ramadan. Ia merupakan satu permulaan, namun secara berhelah. “Dengan terbitnya bulan malam ini, saya menyampaikan ucapan dan mengucapkan selamat kepada semua orang Islam” dan merujuk kepada “kepelbagaian orang Islam menambahkan warna-warni beragama di dalam kehidupan Amerika.

Pada hari Sabtu, Trump mengucapkan “Kepada semua orang Islam, Ramadan yang menggembirakan” di twitternya. Dia membatalkan lawatannya ke Arab Saudi dan berjanji bahawa “Amerika akan sentiasa berdiri bersama-sama rakan-rakan kita menentang keganasan dan ideologi yang menyokongnya. Dalam bulan Ramadan ini, marilah kita berazam untuk menamatkannya supaya kita dapat memastikan generasi akan datang akan bebas daripada kesengsaraan ini dan mampu beribadat dan bermasyarakat dengan aman.

Walaupun kenyataan rasmi Rumah Putih menyatakan “tiada perkembangan”, Ray Mahmood, seorang pemaju yang terkenal penglibatannya yang panjang dalam hubungan diplomasi antara agama di Washington, berkata dia ada mendengar bahawa akan ada majlis berbuka.

Saya merasakan ia amat penting bagi komuniti Islam. Sekurang-kurangnya mereka merasakan Presiden di Rumah Putih akan menganjurkannya,” katanya lagi. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 6 Jun.

Sementara itu, majlis separuh rasmi diadakan dengan jayanya. Islam Relief USA telah menganjurkan majlis berbuka terbesar pada 19 Mei dan Agensi Bantuan Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu menjadi tuan rumah pada 25 Mei untuk Gaza.

Jawatankuasa Anti Diskriminasi Amerika-Arab akan manganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 31 Mei, di Alexandria, di luar Washington D.C.. Terdapat majlis berbuka untuk mengumpul dana, majlis berbuka korporat dan juga majlis berbuka “yang diisi dengan persembahan” oleh Kesatuan Penulis Islam DC.

Kedutaan UAE juga menganjurkan berbuka antara agama pada hari Khamis yang lepas. Namun, majlis “selepas matahari terbenam” di Rumah Putih akan mengatasi kesemuanya.

Penulis: Arab News / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: ARAB NEWS

Kredit Gambar: Arab News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami