Tokoh

Ibn Battuta: Tokoh Pengembara Islam Yang Hampir Dilupakan

Oleh Anas  •  8 Jun 2017  •  3 min baca

Namanya tercatat sebagai seorang pengembara. 30 tahun hidupnya dipenuhi dengan mengelilingi dunia. Jarak perjalanannya sejauh 75000 batu, lebih jauh berbanding Marco Polo.

Beliau merupakan satu-satunya pengembara Zaman Pertengahan yang berjaya melawat seluruh tanah pemerintahan Islam di zamannya.

Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta. Beliau juga dikenali sebagai Shams ad-Din atau Ibn Battuta. Tangier, Morocco merupakan tempat kelahirannya pada tahun 703 Hijrah.

Semasa usianya 21 tahun, Ibn Battuta meninggalkan Tangier. Itu adalah permulaan pengembaraan beliau untuk berpuluh tahun seterusnya.

Pengembaraan awalnya sampai ke Algiers, Tunisia, Mesir, Palestin, Syria sehinggalah ke Mekah. Selepas itu, beliau sekali lagi melawat Mekah untuk menunaikan Haji selepas menyudahkan kembaranya di Iraq, Shiraz dan Mesopotamia.

Namun, kembalinya ke Mekah bukanlah untuk seketika sepertimana kembaranya sebelum itu. Beliau menetap di Mekah selama 3 tahun sebelum meneruskan kembaranya ke Yemen menerusi laut.

Beliau kemudiannya melawat Aden, dan belayar ke Mombasa, Afrika Timur. Selepas pulang daripada Kulwa dan Oman pada tahun 1332 C.E, beliau ke Mekah sekali lagi melalu Hormuz, Siraf, Bahrain dan Yamama.

Pengembaraan diteruskan ke Kaherah, Palestin dan Syria, sehingga tiba di Aleya melalui jalan laut dan merentasi Anatolia dan Sinope. Merentasi Laut Hitam, setelah beberapa lama, beliau pun tiba di Constantinople melalui selatan Ukraine.

Dalam perjalanan pulang, Ibn Battuta melawat Khurasan melalui Khawarism (Khiva) dan telah melawat ke semua bandar-bandar utama seperti Bukhara, Balkh, Herat, Tus, Mashhas dan Nishapur.

Beliau melepasi gunung-ganang Hindukush dengan melepasi sejauh 13000 kaki laluan Khaak ke Afghanistan. Seterusnya, melalui Ghani dan Kabul, beliau memasuki India.

Ibn Battuta tiba di Delhi selepas lawatannya ke Lahri, berhampiran dengan Karachi moden, Sukkur, Multan, Sirsa dan Hansi.

Selama beberapa tahun, Ibn Battuta senang berada di bawah naungan Sultan Mohammad Tughlaq. Berbekalkan pengalamannya sebagai pengembara, beliau dihantar pula ke negara China sebagai utusan.

Beliau melepasi India Tengah dan Malwa serta menaiki kapal dari Kambay ke Goa. Selepas melawat banyak pelabuhan sepanjang Teluk Malabar, beliau pun sampai di Kepulauan Maldive, di mana beliau melaluinya untuk ke Ceylon.

Pengembaraan diteruskan. Beliau sampai di Teluk Ma’bar (Coromandal) dan kembali semula ke Maldive. Lokasi pelayaran seterusnya adalah Bengal. Beliau turut melawat Kamrup, Sylhet, dan Sonargaon berdekatan dengan Dhaka.

Ibn Battuta tiba di Sumatera selepas belayar melalui Teluk Arakan. Kemudian, singgah pula di Canton melalui Tanah Melayu dan Kemboja.

Di China, beliau mengembara ke arah utara menuju ke Peking melalui Hangchow. Ibn Battuta kemudian kembali ke Calicut dan menaiki kapal ke Dhafari dan Muscat, melepasi Iran, Iraq, Syria, Palestin, dan Mesir. Beliau melakukan haji ke tujuh beliau di Mekah pada November 1348 C.E.

Walaupun beliau kembali ke Fez selepas itu, namun tidak lama kemudian, Ibn Battuta melawat Sepanyol dan tanah Niger merentasi Sahara.

Tamat perjalanan itu, Ibn Battuta kembali semula ke kampung halamannya iaitu Fez. Kisah pengembaraannya disampaikan kepada Ibn Juzay al-Kalbi yang mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan kerjanya dan ia tamat pada 9 December 1355 C.E.

Sayangnya kisah Ibn Battuta dikatakan tidak mendapat tempat di dalam buku-buku rujukan berkaitan Geografi walaupun di dalam negara Islam sendiri sedangkan pengembaraannya adalah suatu sejarah penting.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami