Berita

Ibadat Haji Bermula, 1000 Jemaah Sahaja Dibenarkan Tahun Ini

Oleh Natirah Azira  •  29 Jul 2020  •  1 min baca

Ibadat Haji pada tahun ini bermula semalam dengan ketibaan para jemaah dari seluruh pelusuk Arab Saudi. Ekoran wabak Covid-19 yang menyerang, jumlah jemaah yang dibenarkan pada tahun ini hanya seramai 1000 orang sahaja berbanding 2 juta orang sebelum ini.

70 peratus daripada jemaah terdiri daripada rakyat Arab Saudi manakala 30 peratus lagi adalah daripada warga asing yang sudah berada di Arab Saudi. Daripada jumlah tersebut, 8 orang rakyat Malaysia di sana turut terpilih mengerjakan haji pada tahun ini.

Pihak kerajaan Arab Saudi dilihat terus menguatkuasakan syarat yang ketat serta langkah-langkah pencegahan wabak bagi memastikan keselamatan para jemaah terjaga. Antaranya ialah setiap jemaah perlu mempunyai Perakuan Kesihatan PCR PCR yang membuktikan mereka bebas daripada virus Corona.

Selain itu, khemah juga tidak disediakan untuk bermalam di Mina, tetapi para jemaah akan bermalam di Menara Mina. Di kawasan tawaf, penanda berbentuk pelekat telah diletakkan bagi membantu para jemaah mengekalkan jarak fizikal dengan para jemaah yang lain manakala kawasan Masjidil Haram yang lain terus menerus dijalankan proses nyahkuman bagi memastikan ia selamat untuk para jemaah.

Arab Saudi mencatatkan 270,000 kes jangkitan Covid-19 dan 2700 kematian serta telah berura-ura membatalkan haji sebelum ini. Namun, akhirnya ia tetap dijalankan tetapi dihadkan kepada jumlah yang sangat sedikit.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami