Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan bahawa Hari Raya Aidil Adha dan ibadah korban boleh dijalankan namun perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Pihak kerajaan memutuskan bahawa aktiviti merentas negeri untuk sambutan hari raya ini adalah dibenarkan.
Walau bagaimanapun, rakyat masih lagi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 ini.
Antara SOP yang ditetapkan ialah;
#1 – Hanya 20 orang yang dibenarkan bagi seekor haiwan yang dikorbankan.
#2 – Hanya 20 orang tetamu sahaja yang dibenarkan berkunjung ke rumah pada satu-satu masa.
#3 – Sembelihan korban digalakkan diadakan di pusat penyembelihan.
#4 – Ibadah korban dihadkan tidak melebihi 10 ekor haiwan.
Justeru, pastikan anda mengamalkan SOP yang telah ditetapkan semasa pulang beraya. Jika bergejala, pastikan anda mengkuarantinkan diri dan elakkan berada di tempat yang ramai orang.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.