Berita

I-Nakba, Aplikasi Yang Mengabadikan Kewujudan Palestin

Oleh Natirah Azira  •  28 May 2019  •  2 min baca

Bulan ini genap 71 tahun peristiwa Nakbah Palestin berlaku. Mei 1948 merupakan tarikh berdarah di mana Israel mengisytiharkan ‘kemerdekaan’ mereka dengan merampas negara Palestin dan Israel ditubuhkan secara rasmi.

Pada tarikh tersebut juga lebih 750,000 rakyat Palestin telah kehilangan tempat tinggal dan menjadi pelarian di tanah tumpah air mereka sendiri.

Hingga ke hari ini telah banyak tempat yang dimusnahkan dan angka rakyat Palestin yang tinggal di khemah-khemah pelarian telah meningkat berkali ganda. Menurut seorang pengkaji sejarah Palestin, Ilan Pappe, dilaporkan dalam masa tujuh bulan sahaja selepas peristiwa Nakbah tersebut, sebanyak 531 kampung telah dihancurkan tentera Zionis.

Justeru, pada tahun 2015, satu pertubuhan yang dipanggil Zochrot dianggotai aktivis Yahudi dan Palestin telah melancarkan satu aplikasi yang dipanggil I-Nakba. Ia dicipta berasaskan fungsi GPS (Global Positioning System), yang membolehkan penggunanya mengesan koordinat dan lokasi di Palestin yang dimusnahkan oleh pihak Zionis selepas peristiwa Nakbah 1948. Aplikasi ini hadir dalam tiga bahasa (Hebrew, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris) bagi memudahkan para pengguna.

Selain dapat mengetahui tempat-tempat yang telah dimusnahkan di Palestin, orang ramai juga boleh mengetahui tempat-tempat yang masih wujud tetapi sudah tidak berpenghuni. Informasi sejarah tentang apa yang berlaku di tempat tersebut juga ada disediakan. Gambar-gambar serta video pula boleh dimuat naik terus oleh rakyat Palestin yang berada di sana. Dalam masa yang sama mereka juga boleh mengemaskini sebarang berita terkini di Palestin.

Pertubuhan Zochrot yang bermaksud ‘peringatan’ dalam bahasa Hebrew ini masih aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kesedaran tentang penindasan yang telah berlaku kepada rakyat Palestin. Dengan adanya aplikasi I-Nakba, mereka mengharapkan agar sejarah tentang negara Palestin tidak akan dilupakan.

Muat turun:

Aplikasi INakba untuk Android

Aplikasi I-Nakba untuk IOS


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami