Keluarga

Hukum Suami Menggunakan Wang Isteri Untuk Kegunaan Peribadi

Oleh Fizah Lee  •  13 Feb 2020  •  3 min baca

Nafkah merupakan kewajipan yang diwajibkan ke atas suami untuk dibayar kepada isteri dan tanggungannya. Ia perlu diberikan berdasarkan kemampuan suami sendiri dan jangan berlebih-lebihan jika tidak mampu. Apa yang penting ialah, keperluan yang perlu dipenuhi seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan hak asasi yang lain.

Jika si suami tidak menunaikan hak nafkah kepada isteri dan tanggungannya, maka mereka perlu dinasihati dan diajak berbincang secara baik oleh isterinya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Jika suami menghadapi kekangan dari sudut kewangan, maka ia termasuk ke atas budi bicara isteri untuk sama-sama menyelesaikan masalah rumah tangga tersebut.

Namun, jika tiada sebab yang kukuh untuk tidak menunaikan tanggungjawab tersebut, maka si isteri boleh meminta nasihat daripada Mahkamah Syariah sendiri untuk diambil tindakan.

Namun, terdapat juga situasi di mana si suami yang suka menggunakan wang gaji isteri untuk kegunaan sendiri.

Jika si isteri menghalalkan wang tersebut dan meniatkannya untuk diberikan kepada suami bagi tujuan kegunaannya, maka wang itu adalah halal. Namun, jika si isteri memberi wang tersebut sebagai pinjaman, wajib ke atas suaminya untuk membayar kembali wang tersebut kerana ia adalah hak isteri.

Suami juga tidak boleh mengambil gaji isteri secara paksa dan zalim kerana wang isteri adalah sepenuhnya milik isteri dan tidak halal ke atas suami untuk menggunakannya.

Menurut sebuah riwayat, dibolehkan untuk si isteri mengutamakan memberikan (menyedekahkan) wang atau hartanya kepada suami dan anak-anak.

Dari Abu Sa’id Al-khudri RA, Rasulullah SAW pernah bersabda untuk memperbanyakkan sedekah pada Idul Fitri atau Idul Adha.

“Wahai para wanita, bersedekahlah kerana aku benar-benar menyaksikan bahawa kalian yang paling banyak menghuni neraka.”

Kemudian sahabat wanita bertanya: “Kenapa begitu wahai Rasulullah?” Kemudian Baginda menjawab: “Kalian banyak melaknat (mengutuk) dan mengufuri pemberian suami. Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang paling bisa mengalahkan akal lelaki yang kukuh daripada salah seorang kalian, wahai kaum wanita.”

Usai daripada penyampaian nasihat tersebut, Baginda SAW pulang ke rumah. Kemudian, Baginda didatangi Zainab, isteri kepada Ibnu mas’ud. Ia meminta izin untuk menemui Baginda dan dia bertanya:”wahai Rasulullah, engkau telah memerintahkan kami untuk bersedekah. Namun Ibnu Mas’ud (suamiku) mengatakan bahawa dia dan anaknya lebih layak mendapatkan sedekah olehku.”

Nabi SAW kemudian bersabda: “Ibnu Mas’ud benar. Suami dan anakmu lebih berhak diberi sedekah tersebut (berbanding yang lain).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1462)

Oleh itu, tidak salah jika suami menggunakan wang gaji isteri atau harta isterinya untuk kegunaan sendiri jika penggunaan itu diizinkan oleh isterinya. Namun, jika diambil secara paksa atau sembunyi, maka wajib ke atasnya untuk membayar kembali wang tersebut.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.Com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami