Hukum

Hukum Menjual Barang Di Atas Jualan Orang Lain

Oleh Fizah Lee  •  25 Nov 2020  •  2 min baca

Saya ada melihat satu situasi di laman sosial, di mana ada seorang peniaga meletakkan jualannya di ruangan komen peniaga dengan menawarkan harga yang lebih rendah.

Sedangkan, waktu itu sedang berlaku urusan jual beli di antara peniaga asal dan pelanggan yang datang ke ruangan iklannya.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana rata-rata dari anda juga pernah melihat situasi ini di mana-mana urus niaga yang berlaku seperti di siaran langsung Facebook di mana ada yang meletakkan komen barang jualannya lebih murah berbanding peniaga tersebut atau juga di Instagram.

Tahukah anda, perbuatan ini disebut sebagai menjual barangan di atas jualan orang lain. Dan tahukah anda lagi bahawa hukum di atas perbuatan ini adalah haram.

Apabila barang sudah dijual atau sudah dipersetujui untuk dijual, maka orang lain (peniaga) tidak boleh datang kepada pelanggan tersebut dengan menawarkan harga yang lebih murah ke atas barangan yang sama.

Sebagaimana sabda Baginda SAW yang menyebut:

لَا يَخْطُبُ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ وَلَا يَسُومُ عَلَى سَوْمِ أَخِيهِ

Maksud: “Janganlah seseorang meminang di atas pinangan saudaranya dan janganlah seseorang membeli di atas belian saudaranya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1408)

Ibnu Hajar berkata – “Menjual di atas jualan orang lain, begitu pula dengan membeli di atas belian orang lain, hukumnya haram. Bentuknya adalah seperti seseorang membeli suatu barang dari pembeli pertama dan pada masih urusan jual beli, penjual kedua kemudian datang dan berkata: “Batalkan saja urusan jual belimu dengannya kerana aku menawarkan kepadamu dengan harga yang lebih murah.” (Fathul Bari, 4/353)

Kesimpulan

Bagi penulis, perbuatan ini sendiri menunjukkan bahawa penjual kedua datang dan mencaras usaha orang lain tanpa beliau meletakkan usaha yang benar untuk melariskan jualannya.

Sebagaimana sifat ‘free rider’ yang mendapat manfaat namun bukan di atas hasil usahanya sendiri. Ini adalah perkara yang perlu dielakkan.

Adapun, jika jual beli itu berlaku, ia adalah sah. Tetapi perbuatannya haram dan pelakunya berdosa.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami