Hukum

Hukum Menjawab Azan Di Radio Atau Televisyen

Oleh Fieyzah Lee  •  14 Jul 2020  •  2 min baca

Hukum menjawab azan adalah sunnah. Apabila mendengar seruan azan, sunnah juga ke atas kita untuk menghormatinya dan menunggu sehingga ia selesai barulah boleh menunaikan solat.

Namun, adakah disunatkan juga untuk menjawab azan jika ia merupakan azan yang disiarkan melalui televisyen atau radio?

Dalam hal ini, Syeikh Abdul Karim Khudair telah menyebut – “Jika azan yang diperdengarkan itu adalah daripada rakaman (kaset atau CD) dan bukan dilaungkan secara langsung, maka muazzin ini dianggap seperti tiada. Jadi, azan ini adalah tidak perlu dijawab dan hukumnya adalah tidak sama seperti azan secara langsung.”

Hal ini bermaksud, hukum azan yang bukan dilaungkan secara langsung adalah tidak sama dengan hukum menjawab azan.

Justeru, tidak mengapa untuk tidak menjawab azan pada waktu tersebut. Adapun, menerusi pendapat yang telah dikemukakan oleh jumhur ulama bahawa, tujuan azan itu tetap sama. Ia adalah untuk menyebarkan syiar Islam dan mengingatkan umat Islam untuk menunaikan solat.

Jadi, hukumnya juga adalah sama seperti menjawab azan yang dilaungkan secara langsung, iaitu sunat. Jika azan itu dilaungkan secara terus menerusi siaran televisyen atau radio seperti live azan di Mekah, maka hukum menjawabnya adalah sunat, sama seperti menjawab azan yang dilaungkan bilal di masjid-masjid.

Seeloknya, tetap amalkan adab-adab yang sama ketika azan dikumandangkan seperti diam dan menghormati azan, membaca doa selepas azan serta mendoakan apa yang dihajati di antara azan dan iqamah itu.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami