Hukum

Hukum Menggunakan Arak Sake Dalam Produk Kosmetik

Oleh Natirah Azira  •  5 Jul 2020  •  2 min baca

‘Sake’ ialah sejenis minuman arak yang biasa dalam kalangan bangsa Jepun. Ia diperbuat daripada hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak beras.

Dalam proses ini, kanji akan bertukar kepada gula sebelum ditukarkan kepada alkohol, berbeza dengan arak jenis lain di mana alkohol (etanol) terhasil selepas proses penapaian yang berlaku secara semula jadi dalam buah contohnya buah anggur. Justeru sake dinilai sebagai arak dan bukannya sejenis alkohol semata-mata.

Ulama Al-Syafieyyah berpandangan bahawa arak adalah najis kerana ia termasuk dalam bahan cecair yang dilarang dan memabukkan. Pengharamannya juga telah disepakati oleh para ulama.

Berkata Imam al-Nawawi: “Adapun arak itu ia adalah najis berdasarkan firman Allah SWT: ‘Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan syaitan’. Dan kerana ianya (arak) adalah suatu yang diharamkan untuk mengambilnya tanpa darurat, maka kedudukannya adalah najis sama seperti hukum darah”. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 2/572)

Justeru, daripada ketetapan inilah, para ulama turut bersepakat mengharamkan penggunaan arak baik untuk kegunaan dalaman atau luaran seperti untuk tujuan perubatan, pembuatan minyak wangi atau produk kosmetik.

Berbeza dengan alkohol yang tidak melalui proses pembuatan arak, contohnya yang berada dalam minyak wangi dan ubat-ubatan yang berfungsi sebagai bahan pelarut serta makanan yang mempunyai kandungan alkohol hasil tindak balas semula jadi serta kadar alkoholnya adalah tidak lebih 0.5%, maka ia tidak dikira najis dan boleh digunakan.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami