Hukum

Hukum Mengebumikan Jenazah Yang Ramai Dalam Satu Liang Lahad

Oleh Fieyzah Lee  •  10 Jan 2020  •  2 min baca

Kematian merupakan perkara yang bakal terjadi ke atas setiap orang. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, sama ada manusia, haiwan dan juga tumbuhan kerana setiap sesuatu pasti ada tarikh luputnya kecuali Allah.

Selalu kita melihat, satu mayat akan dikuburkan ke dalam satu liang lahad dan tidak bercampur. Walau bagaimanapun, terdapat juga situasi di mana dalam satu liang lahad akan dikuburkan beberapa mayat juga. Kebiasaannya, ia akan berlaku apabila mereka meninggal kerana bencana alam mahupun kebakaran dan melibatkan jumlah yang ramai.

Jadi, persoalannya di sini ialah, adakah dibolehkan menanam jenazah-jenazah tersebut dalam satu liang lahad? Adakah terdapat pengkhususan dan syarat terhadap situasi ini?

Hukum Asalnya Adalah Tidak Boleh

Menurut pendapat jumhur ulama, hukum asalnya adalah tidak dibenarkan menguburkan mayat-mayat dalam satu liang lahad. Hal ini adalah berdasarkan Nabi SAW yang tidak pernah mengebumikan lebih dari satu orang dalam satu kubur.

Walau bagaimanapun, hukumnya berubah apabila terjadinya keadaan darurat yang menyusahkan penggali kubur dan menjadikan ia keadaan yang mustahil atau melambatkan masa untuk menanamnya.

Bahkan, Rasulullah SAW pernah menyuruh agar mengebumikan beberapa jenazah dalam satu liang lahad kerana jumlah korban pada waktu itu sangat ramai dan peristiwa ini terjadi selepas peperangan Uhud.

Kisah ini ada dinukilkan dalam beberapa riwayat oleh Imam An-Nasaie, dicatat dalam kitabnya – Hisham bin Amir telah mengadu kepada Rasulullah SAW ketika perang Uhud dengan berkata:

“Wahai Rasulullah, ia satu kesukaran bagi kami untuk menggali kubur bagi setiap orang.” Maka, Baginda SAW bersabda: “Galilah kubur, perdalamkannya dan perelokkanlah. Kuburkanlah dua jenazah dan tiga jenazah dalam satu kubur.” (Hadis Riwayat Nasaie, no. 2010)

Menurut perbahasan ulama, keringanan (boleh menguburkan beberapa jenazah dalam satu liang lahad) ini akan diberikan kepada situasi yang menyukarkan proses penggalian kubur. Jika mayatnya ramai seperti tragedi bencana alam, kemalangan kereta yang mengakibatkan sekeluarga nahas, kebakaran dan sebagainya.

Berkenaan dengan jantina pula, para ulama bersepakat bahawa ia perlu diasingkan kuburnya – mayat lelaki adalah sesama lelaki dan mayat perempuan adalah sesama perempuan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami