Hukum

Hukum Mendengar Muzik Yang Mengandungi Senikata Lucah

Oleh Fizah Lee  •  11 Dec 2019  •  3 min baca

Tahukah anda, muzik dalam sejarah Islam bermula dengan nama terkemuka dunia, iaitu Abu Nasr Al-Farabi. Beliau merupakan seorang ahli falsafah terkemuka dunia dan terkenal dengan kitabnya yang berjudul Kitab Al-Musiqi Al-Kabir.

Melalui kitab ini, beliau telah menerangkan mengenai falsafahnya terhadap muzik serta kualiti-kualiti muzik dan apa yang menariknya ialah, beliau mengkelaskan muzik sebagai salah satu ilmu matematik. Baginya, muzik mampu memberi kesan positif kepada jiwa kerana ia merupakan salah satu bentuk terapi.

Selain itu, sejarah muzik juga mengenali Abu Al-Hassan ‘Ali ibn Nafi’ atau terkenal sebagai Ziryab. Beliau merupakan ketua ahli muzik di Istana Cordoba.

Bagi beliau, muzik mempunyai irama tersendiri dan setiap darinya mempunyai simbolik dan maksudnya yang perlu dihayati.

Beliau telah menubuhkan kolej muzik pertama dunia, iaitu Istana Cordoba dan sumbangan beliau terhadap industri muzik telah diiktiraf di seluruh dunia.

Beliau telah menguasai lebih 1000 buah lagu dan telah menjadi komposer kepada lagu-lagu beliau. Setiap lagunya mempuyai maksud yang tersendiri dan bukan dilakukan secara sia-sia.

Muzik suatu masa dulu bukan hanya sekadar hiburan, malah diangkat sebagai sebuah irama yang mampu memukau setiap jiwa yang mendengarnya. Bahkan, setiap bait dan liriknya membawa maksud yang tersendiri baik dari segi pragmatik (makna ayat) dan juga semantik (makna kata).

Setiap muzik yang dilontarkan pasti akan membawa ketenangan kepada setiap jiwa yang mendengar. Itulah fungsi muzik pada suatu masa dahulu – cukup untuk memberikan istirehat kepada setiap jiwa.

Namun, seiring dengan perkembangan zaman dan dibawa arus pemodenan, industri muzik kini semakin berkembang dan meluas.

Banyak genre dan irama yang telah dihasilkan seperti rap, balada, pop dan sebagainya. Lirik yang dihasilkan juga lebih mudah dan tiada lagi kata-kata berangkai yang menekankan unsur pragmatik mahupun semantiknya.

Apa yang lebih mengejutkan ialah, kebanyakan lirik yang dikeluarkan mengandungi unsur yang melalaikan seperti lirik lucah, mengagunggkan manusia lebih daripada Allah, memanggil makhluk halus dan sebagainya.

Jadi, sebagai umat Islam yang menitikberatkan soal halal dan haram, perlu dijaga kesucian agama dan jiwa sendiri daripada unsur-unsur ini.

Apa Kata Ulama

Menurut pendapat Imam Al-Ghazali RA, beliau berpendapat bahawa bermain atau mendengar alat muzik yang tidak membawa kepada kelalaian dan bebas daripada unsur maksiat adalah diharuskan.

Namun, jika sesebuah muzik itu mempunyai unsur maksiat seperti dimainkan di dalam situasi yang tidak senonoh seperti di kelab dan bar atau lirik lagunya yang boleh merangsang syahwat, maka ia adalah diharamkan.

Tambahnya lagi dalam Ihya’ Ulum Al-Din (2.282), bahawa:

“Faktor ketiga (yang membuatkan sesebuah lagu itu haram) ialah susuan suara itu yakni liriknya. Jika terdapat dalamnya kata-kata yang kotor, keji, cercaan atau pendustaan terhadap Allah dan RasulNya – maka, mendengar lirik berkenaan adalah haram sama ada dilagukan atau tidak dilagukan. Kerasan orang yang mendengar bersubahat dalam dosa sama seperti orang yang melantunkannya.”

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Wilayah berpendapat bahahwa – jika nyanyian dan senikata yang didengar atau dinyanyikan mengandunyi unsur yang tidak baik, lucah, biadap, pemujaan, mendorong kepada maksiat dan zina, maka hukumnya adalah haram.

Sebaiknya, sebelum mendengar sesebuah lagu dan muzik, adalah lebih baik untuk melihat terlebih dahulu maksud lagu tersebut.

Mendengar muzik merupakan suatu bentuk hiburan yang tidak diharamkan dalam Islam selagi mana ia tidak mempunyai unsur-unsur yang mengharamkan.

Oleh itu, perlu diambil berat akan sesebuah muzik yang didendangkan serta situasinya.

Wallahu a’alam.

Baca Juga:
Hukum Mendengar Muzik

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami