Hukum, Ibadah

Hukum Mencium Jenazah Suami Atau Isteri, Adakah Batal Wuduk

Oleh Natirah Azira  •  22 Jan 2020  •  2 min baca

“Suami jangan cium jenazah isteri, nanti batal wuduk jenazah”

“Jangan bagi air mata menitik atas jenazah, tak baik”

Kata-kata sebegini kadang-kadang menghalang seseorang daripada memberikan penghormatan terakhir kepada si mati. Sedangkan ia adalah kepercayaan yang tidak benar.

Di dalam Islam, seseorang yang mati sudah tidak lagi terikat dengan sebarang hukum. Hukum hanya buat mereka yang hidup sahaja.

Maka dalam hal ini, suami dibenarkan mencium mayat isteri begitu pula isteri dibenarkan mencium jenazah suami. Perbuatan ini tidak menghilangkan wuduk si mati, sebaliknya menghilangkan wuduk orang yang menciumnya sahaja. Malah hukum menyentuh jenazah juga adalah harus.

Bagaimana pula jika saat mencium, seseorang itu menangis kerana terlalu sedih sehingga menyebabkan air mata menitis mengenai mayat? Adakah ia suatu yang dilarang?

Tidak ada hukum atau larangan yang dijumpai dalam mana-mana nas yang memberitahu tentang hukum apabila air mata mengenai mayat atau sebarang tegahan yang berkaitan dengannya. Wallahua’lam.

Kematian bukan satu pengakhiran kepada kehidupan. Hakikatnya ia sebuah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang bagi roh.

Diceritakan dalam sebuah hadis, roh-roh orang beriman akan saling bertanya khabar apabila mati. Mereka akan bertanya tentang keadaan saudara mereka dan ahli keluarga yang masih hidup di dunia – Apa khabar mereka? Adakah mereka melakukan segala perintah? Adakah mereka bertakwa dan sebagainya.

Usah terlalu bersedih apabila ada antara ahli keluarga meninggal dunia. Ia hanya perpisahan yang sementara. Kelak pasti kita akan berjumpa semula dengan orang-orang yang kita sayang, InsyaAllah.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami