Hukum

Hukum Membawa Masuk Baju Tertulis Kalimah Allah Ke Dalam Tandas

Oleh Fizah Lee  •  11 Jan 2021  •  2 min baca

Antara salah satu adab ketika masuk ke dalam tandas adalah dengan tidak membawa ayat-ayat Al-Quran atau nama suci Allah ke dalam tandas. Hal ini adalah untuk menjaga kesuciannya kerana ayat-ayat suci Al-Quran adalah perkataan yang mulia.

Kini, Al-Quran atau ayat-ayat suci boleh diakses di mana-mana terutamanya pada gajet yang sering dibawa oleh manusia seperti telefon bimbit.

Bahkan, ada yang menjadikan kalimah Allah, Muhammad atau ayat-ayat suci Al-Quran sebagai gambar di telefon. Namun, apabila masuk ke dalam tandas, ia perlulah ditutup bagi menjaga kesuciannya.

Tetapi, bagaimana pula dengan kalimah Allah atau Muhammad yang berada pada tempat yang tidak boleh ditutup seperti di bahagian baju atau cincin?

Dalam hal ini, pertama sekali kita perlu melihat bahawa hukum membawa objek yang mempunyai nama Allah di dalam tandas adalah makruh. Ini adalah berdasarkan pandangan daripada Mazhab Syafi’e dan Hanafi.

Ulama juga menyebut bahawa jika terdapat pakaian yang mengandungi kalimah Allah, maka ia hendaklah ditanggalkan. Sebagaimana dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik;

Maksud: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas, Baginda akan menanggalkan cincinnya.” (HR Ibn Majah, no. 303)

Imam Ibnu Qudamah juga menyebut – “Apabila seseorang hendak masuk ke dalam bilik air dan terdapat bersamanya sedikit daripada sebutan nama Allah, maka disunatkan untuknya membukanya.” (Al-Mughni, Ibnu Qudamah, 1/167)

Disebabkan itu, ulama menyebut bahawa untuk mengambil langkah keselamatan, maka lebih baik mengelakkan diri daripada memakai apa-apa objek yang terkandung kalimah Allah seperti di topi dan juga baju.

Ia adalah untuk menjadikan kita lebih berhati-hati agar tidak berlakunya unsur penghinaan.

Boleh membawa masuk pakaian yang tertera kalimah suci ini, namun hukumnya adalah makruh dan lebih baik untuk meninggalkannya.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami