Wanita

Hukum Melihat Bakal Isteri. Buat Wanita Yang Berpurdah

Oleh Usrah Santai  •  13 Dec 2015  •  2 min baca

Di antara perkara yang digalakkan oleh Islam ialah seseorang lelaki melihat wajah perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. Ini disunatkan jika lelaki tersebut benar benar berniat untuk mengahwininya dan berharap peminangannya akan diterima.

Lelaki tersebut boleh melihat wajah bakal isterinya dua atau tiga kali jika perlu melihat keadaan wanita tersebut dengan lebih jelas lagi. Ini dilakukan untuk mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin.

Ini kerana biasanya, matlamat yang dikehendaki tidak tercapai dengan sekali pandang. Tetapi diharuskan melihat hanya muka dan tapak tangan wanita itu sahaja.

Nabi SAW bersabda kepada Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita,yang bermaksud:

“Lihatlah perempuan itu, kerana ia lebih menimbulkan kasih sayang di antara kamu berdua.”Hadis riwayat Tirmidzi

Wanita juga berhak melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin.

Sesungguhnya perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.

Jika melihat gambar wajah bakal isterinya itu, melihat gambar lebih dibenarkan. Seperti disebut oleh Ibnu hajar dalam kitabnya Fathul Bari sebuah hadis riwayat al-Ajiri dari Aisyah:

“Sesungguhnya Jibril as telah turun dengan gambarku yang berada di tapak tangannya, ketika baginda diperintahkan untuk mengahwiniku.”

Kesimpulan wajah wanita itu bukan aurat. Meskipun dia berpurdah. Ini adalah untuk mengetahui rupa paras yang zahir. Perkara utama dalam memilih pasangan adalah agama dan akhlak iaitu diketahui dengan cara merisik.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Usrah Santai

Usrah Santai

Usrah Santai (US) satu medan dakwah usrah whatsapp yang secara santai tapi padat. Dakwah yang biar santai, janji sampai. Dakwah yang tidak strict dan straight. Dakwah yang kena pada jiwa remaja. Menyentuh tidak menyentap. Itu kami.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami