Hukum, Kesihatan

Hukum Makan Makanan Dari Telur Yang Tidak Dibasuh

Oleh Fizah Lee  •  6 Oct 2020  •  3 min baca

Selalunya, apabila kita memasak menggunakan telur atau apa-apa bahan, pasti kita akan membasuhnya terlebih dahulu.

Ia adalah untuk memastikan ia bersih daripada najis atau kotoran yang ada. Contohnya, kalau kita membasuh sayur, tujuannya adalah untuk menghapuskan residu (sisa) yang ditinggalkan oleh racun perosak berbahaya dan untuk menghalang daripada penyakit berbahaya seperti E-coli.

Namun, entri kali ini akan melihat hukum jika makan telur ayam tanpa dibasuh terlebih dahulu atau menggunakannya sebagai bahan masakan tanpa membasuhnya.

Sebelum itu, kita perlu melihat kepada saranan untuk membasuh telur kerana secara semulajadi, ia memiliki selaput perlindungan yang dipanggil cuticle (kulit ari).

Cuticle ini telah terbentuk daripada faraj ayam semasa bertelur dan ia bertujuan untuk melindungi isi telur daripada dicemari.

Kajian menunjukkan bahawa kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap daripada kuman dan bahan kimia.

Kulit telur juga mengandungi najis yang boleh tercemar kepada kuman salmonella. Jangkitannya boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman manusia.

Disebabkan itu, kita perlu membasuh telur terlebih dahulu sebelum meggunakannya.

Hukum Makan Makanan Dari Telur Yang Tidak Dibasuh

Dari segi kesihatan, kita dapat faham bahawa amalan membasuh telur sebelum menggunakannya adalah sangat digalakkan.

Namun, bagaimana pula dengan makanan yang dimasak tanpa membasuh telur terlebih dahulu?

Menurut jawapan yang telah diberikan oleh Mufti Wilayah, jika tiada najis atau kotoran pada telur tersebut, maka ia adalah halal dimakan.

Namun, jika ada isu terhadap kebersihan telur tersebut seperti ada kotoran atau najis dan tukang masak itu tidak membasuh tangannya terlebih dahulu, maka makanan itu sudah tidak menepati konsep halalan thayyiban kerana ia telah kotor.

Imam Fakhruddin al-Razi memberi makna al-Thayyib, iaitu:

Maksud: “Dari segi bahasa ia adalah suci dan halal yang disifatkan dengan segala yang baik. Ini kerana, perkara yang haram disifatkan dengan segala kekotoran. Makna at-Thayyib pada asalnya ialah apa yang disukai dan didapati baik oleh cita rasa manusia selain disifatkan bersih dan halal dari segi perumpamaan. Ini kerana, najis itu sesuatu yang dibenci oleh jiwa.” (Tafsir ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 5/185)

Dalam penerangannya yang lain juga disebut:

Maksud: “Segala perkara yang dianggap kotor dan jijik oleh tabiat jiwa manusia yang membawa kepada kesakitan dan penyeksaan. Asal perkara yang memudaratkan adalah haram. Maka, setiap yang dihukumkan jijik oleh tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.” (Tafsir Ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 15/381)

Jadi, dapat kita faham bahawa kehalalan sesuatu makanan itu bukan sahaja bergantung kepada kenajisan, tetapi juga kepada kebersihan proses yang dijalani.

Oleh itu, jika telur itu mengandungi najis, maka hukumnya adalah tidak halal dimakan.

Dan disarankan juga untuk membasuh terlebih dahulu telur tersebut untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Kajian Kebaikan Mencuci Telur


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami