Inspirasi

Hilang Sebuah Rintihan Doa

Oleh Ebit Liew  •  16 Nov 2018  •  3 min baca

Rasa sebak dan syukur terima kasih Allah. Saya sebak apabila melihat nama program ‘A Bit With Ebit’ tu rasa sebak sebab memang saya tidak mahu namun diminta. Sedar-sedar sudah siap program tu.

Sebak dan saya rasa tidak layak pun. Dulu setiap kali nak perkenalkan nama masa di zaman sekolah, rasa rendah diri sebab selalu terasa orang akan kata awak ni siapa? asal mana? Susah nak sebut nama tu, sehingga zaman universiti juga begitu.

Air mata makin laju berderai. Ingat mak selalu peluk saya. Sebab beliau yang paling banyak bersusah dan berkorban bersama bapa saya demi menyokong saya dalam kerja dakwah ini.

Setiap kali saya dihina atau susah masa dakwah, dengan nada seorang ibu memujuk saya katanya;

“Mak minta maaf ini semua salah mak. Ini salah mak. Ebit, susah buat dakwah.”

Sekarang bila mak sudah tiada, selalu terasa rindu. Kini doa dan sokongan seorang bapa, mak dan ayah mertua dan isteri tercinta yang tinggal.

Isteri saya yang sentiasa menjadi penyejuk hati. Duhai bidadariku terima kasih sayang sebab doa dan sokongan sayang.

Mak ayah saya menanggung sedih dan perasaan sedih kerana sanggup biarkan anak masa umur 13 tahun berdakwah merata-rata. Tidak pernah berada lam di rumah. Kata mak saya;

“tak pe, biar air mata kita selalu menangis. Jangan kita biarkan air mata Rasulullah mengalir lagi. Kita akan lap air mata dan darah Nabi S.A.W. Dengan buat dakwah dan kembangkan Islam.”

Terbayang senyuman jenazah ibu semasa memandikannya. Hari ni ayah yang saya cintai ikut sama dalam ceramah dan program. Menjadi ibu dan bapa serentak. Terasa nak berbisik di telinga mak;

“Ini doa mak. Ini doa mak. Ini semua doa Rasulullah S.A.W yang amat dicintai dan dirindui.

Wahai Rasulullah S.A.W yang kami cintai dan sayangi. Keluarga Rasulullah S.A.W yang kami cintai dan sayangi. Kami akan berusaha membawa sunnah Nabi S.A.W sehingga meninggalkan dunia ini.

Manusia paling banyak menanggung susah demi kita semua masuk syurga. Ya Allah rindunya kepada Rasulullah S.A.W.

Ya Allah, berilah kami hadiah dan anugerah sebenar di akhirat. Kerana keputusan reda Allah segala-galanya. Itulah tujuan hidup ini

Program ‘A Bit With Ebit’ ada artis jemputan dan sesi dakwah jalanan dan muhasabah.

Ilmu dan motivasi tentang kekeluargaan. Disebalik rakaman ini ada kisah tangisan. Semoga Allah terima, sepanjang rakaman ramai asyik menangis. Artis atau sesiapa yang hadir turut rasa sebak dan menangis, dalam senyum tiba-tiba sebak.

Fadzli TV Alhijrah yang dulu sama belajar di universiti. Bilik sebelah je, bilik air pun sekali, kelas pun ada yang sekali. Akhirnya berjumpa semula hari ini. Fadzli sahabat yang baik.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami