Inspirasi

Hidup Terasa Lebih Mudah Jika Kita Dapat Memahami 3 Prinsip Ini

Oleh Natirah Azira  •  31 Oct 2018  •  2 min baca

#1- Tidak Ada Kebetulan Dalam Hidup

“Your strength doesn’t come from winning. It comes from struggles and hardship. Everything that you go through prepares you for the next level.”

“Kekuatan tidak datang dengan kemenangan. Ianya hadir daripada kepayahan dan kesusahan. Setiap apa yang anda lalui sebenarnya mempersiapkan anda untuk ke tahap yang seterusnya”

Tidak ada kebetulan dalam hidup kita. Setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti sudah diatur dan ditetapkan oleh Allah. Tidak ada yang namanya tiba-tiba. Maka setiap apa yang kita hadapi dan lalui sehari-hari pasti ada tujuannya. Orang yang kita jumpa, masalah yang menimpa, pengalaman yang tiba-tiba. Semuanya dalam kuasa Allah dan di bawah arahan Allah.

Istimewanya hidup seorang mukmin, dia menganggap kesemua yang menimpanya adalah suatu kebaikan yang terselindung di sebalik nikmat dan ujian.

#2- Setiap Orang Ada Ujian Masing-Masing

Setiap orang yang kita jumpa punya masalah dan cabaran tersendiri dalam hidup mereka, maka layanlah mereka dengan sebaiknya. Jika kita hanya memikirkan masalah kita sahaja, masalah kitalah yang paling besar, yang paling penting, kita akhirnya akan hilang sensitiviti dan sifat prihatin kepada orang lain.

Fikiran dan fokus hanya tertumpu kepada diri sendiri. Kita mengharapkan orang di sekeliling memahami kita tanpa kita sedikit pun cuba memahami keperluan dan hak mereka.

#3- Hidup Seperti Kepingan ‘Puzzle’

Hidup seperti kepingan ‘puzzle’. Ia perlu dicantum sedikit demi sedikit untuk membentuk satu gambar yang lengkap. . Proses ini memakan masa. Ada kepingan yang dapat dipadankan dengan betul, ada yang salah. Kita tidak dapat memaksa perkara yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala kita juga tidak boleh tertumpu mencari dan memadankan beberapa keping sahaja.

Jika kita terlampau dekat melihat, pandangan juga boleh jadi kabur. Sesekali jarakkanlah diri dan cuba lihat dari pandangan yang menyeluruh, kita akan temui bahagian-bahagian yang terlindung.

Hidup juga begitu. Jika satu pintu telah ditutup dalam hidup kita, maka ia bukan pintu yang tepat lagi untuk kita masuki. Bergerak ke pintu seterusnya.

Kita juga dapat melihat dengan lebih jelas di mana punca dan solusinya jika kita menjarakkan sedikit diri dari masalah. Kita dapat memandang dengan hati yang lebih terang dan minda yang lebih rasional.

Memahami kehidupan dan watak-watak di dalamnya memerlukan masa. Bahkan ada yang tak dapat kita fahami sampai mati. Cuma apa yang telah Allah tegaskan adalah tentang tujuan hidup itu sendiri, iaitu untuk memakmurkan kehidupan dan beribadat pada Tuhan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami