Inspirasi

Hidup Ini Bukan Untuk Mencari Kaya, Tetapi Mencari Cukup

Oleh C.O.M  •  26 Feb 2016  •  2 min baca

Cerita Nda Malia, yang bekerja kerajaan.

Bukan semua orang bekerja untuk mencari kaya. Ramai juga yang cuma mencari tenang dan jaminan. Itulah saya. Jadi bagi menceburi bisnes buat masa ini, saya belum ada kekuatan dalam diri.

Sebelum ini, saya bekerja di kilang milik Jepun dan Kanada, hampir enam tahun. Alhamdulillah, pendapatan kerja di situ lebih daripada cukup.

Gaji asasnya bagus, elaun juga menggembirakan, dan apabila ada overtime, terasa seperti tiap-tiap tahun boleh melancong ke Korea. Alhamdulillah.

Hakikatnya, saya seorang yang sederhana. Mahu hidup sekadarnya, dan masa depan yang terjamin. Manakala bekerja di kilang milik orang asing pula, walaupun pendapatan lumayan tetapi tetap berasa ada sesuatu yang tidak beres. Sepertinya tiada jaminan walaupun kita sudah bekerja keras.

Jadi, dalam masa enam tahun itu juga, saya sudah sembilan kali temuduga untuk jawatan dalam kerajaan. Tetapi semuanya gagal.

Hanya pada temuduga yang ke-10, Alhamdulillah barulah saya berjaya dan menjadi Pegawai Latihan Vokasional, di bawah Kementerian Sumber Manusia. Tugas saya mengajar.

Di sinilah jatidiri saya diuji. Di sinilah prinsip yang dipegang tadi dilambung ombak.

Asas gaji kerja kilang jauh lebih tinggi daripada kerja kerajaan. Belum dikira lagi elaun dan overtime. Komitmen pula sangat tinggi. Itu perlu dibayar, ini perlu dibayar. Malah sempat saya terfikir untuk mencari kerja lain.

Sehinggalah ibu, yang sering ada pada ketika anaknya ini dalam resah, sentiasa berpesan yang antara maksudnya, gaji kecil bukan sebab hidup susah. Yang buat hidup susah adalah diri yang sentiasa berasa tidak cukup.

Kita hidup ini bukan untuk mencari kaya, tetapi mencari cukup. Cukup untuk belanja sendiri, belanja keluarga, cukup untuk sedekah, cukup menderma. Gaji banyak sekalipun, kaya mana sekalipun sekiranya hati tidak pernah rasa cukup, ia tetap sia-sia.

Apatah lagi kalau hati tidak tenang semasa mencari harta itu. Tidak ada masa untuk keluarga. Tidak cukup waktu untuk diri sendiri.

Dengan keyakinan itu, dengan restu ibu, hati saya kembali kuat dan tenang untuk terus berbakti kepada bangsa, agama dan negara. Semoga.

Kredit gambar:potepuh.si


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

C.O.M

C.O.M

Page Facebook yang bercerita tentang orang-orang di Malaysia. Sama ada warganegara ataupun pendatang tanpa izin.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami