Inspirasi

Hidayat Itu Kerja Allah

Oleh Ebit Liew  •  14 Feb 2016  •  2 min baca

Saya iktikaf tengah malam di sebuah masjid. Tengah malam 2 pagi ada orang pegang tangan saya menangis. Terkejut teramat saya. Saya terus bangun dan duduk.

Pemuda tadi bawa saya keluar surau. Dia bersama 3 orang rakannya budak motor yang agak degil nak jumpa saya. Saya beberapa kali dakwah mereka beberapa kali di tepi jalan.

Saya penat tapi segar kerana terkejut. Betapa anak muda dahagakan agama…

Mereka menangis minta nasihat. Kata mereka kami kerja jual ganja, kerja lumba motor, kaki jual bohsia, Allah maafkan kami tak? Kata mereka bagaimana kami nak bertaubat. Allah maafkan kami tak.

Tadi kami nampak ustaz nak dakwah kami. Kami lari. Malam ni ingat nak curi barang motor ustaz dan rosakkan sebab sakit hati asyik dakwah kami. Tiba-tiba rasa sebak dan rasa bersalah. Kenapa kami buat macam ni.

Sebab Allah sayang. Allah sayang. Allah sayang. Siapa rasa Allah tengah tengok. Dia Allah yang bawa adik-adik semua. Dia Allah yang bawa adik semua kerana dia sayang. Syukur pada Allah yang buat segalanya.

Adik tahu tak mak ayah adik-adik yang menangis? Inilah hari Allah makbulkan doa mereka. Sepanjang malam kami tak tidur cerita agama. 4.30 pagi baru iktikaf tidur. Solat Subuh dan duduk kuliah Subuh.

Hidayat kerja Allah. Anak muda semua baik-baik. Tugas kita mendoakan mereka. Ya Allah berkatkanlah masa kami supaya kami digunakan untuk anak muda remaja yang baik-baik ni.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami