Inspirasi

Hidayah Istimewa Buatnya

Oleh Ebit Liew  •  28 Apr 2018  •  2 min baca

Jam menunjukkan 1 pagi, saya pusing-pusing di dataran merdeka selepas habis ceramah.

Saya terjumpa satu kumpulan remaja motor, kelihatan ramai juga. Saya mendekati mereka dan menyapa;

“Adik boleh minta masa sikit. Allah sayang adik-adik semua.”

Wajah mereka macam nak lari je, tetapi salah tekaan saya mereka semua tak lari pun, mereka mendengar dengan baik. Saya bercerita mengenai perlu menjaga solat dan menjaga mak ayah.

Selepas itu, tiba-tiba saya ternampak ada beberapa orang duduk di satu tempat. Saya fikir dua tiga kali nak tegur. Takut juga mengganggu atau dimarahi pula.

Rambut merah itu buat saya teragak-agak mahu menegur. Namun saya tekad juga, saya memberikan salam. Ada Melayu, Cina dan India.

Saya bercerita kita semua sebuah keluarga. Kita semua Allah sayang. Allah sayang adik semua.

Tidak sampai 5 minit bercerita. Tiba-tiba seorang remaja berbangsa Cina berkata kepada saya;

“Ustaz, saya nak masuk Islam boleh?”

Saya terus terasa sebak dan syukur sangat. Terima kasih Ya Allah. Terus saya menyambut baik;

“Boleh sangat dik. Saya terus duduk di depannya. Allah saying kita semua. Ada seorang lelaki yang baik. Beliau ialah Nabi Muhammad SAW. Sebelum meninggal/wafat baginda berpesan kepada saya supaya pesan pada adik. Sebenarnya cuma ada satu tuhan. Nama tuhan itu ialah Allah. Dia jadikan saya dan adik. Dia yang temukan kita malam ini. Dia sayang kita. Jaga kita dari dulu sampai hari ini.”

Kelihatan dia terasa tenang. Dia terasa mahu belajar Islam. Saya berkata kepadanya;

“Nak masuk Islam senang sahaja adik. Kita perlu sedar bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.”

Dia tengok saya. Dia kata saya percaya cerita abang. Abang Cina, saya pun Cina. Lalu malam itu dia mengucap kalimah syahadah dengan ikhlas tanpa paksaan.

Bila dia mengucap syahadah dari matanya nampak bergenang air mata. Baik sangat wajahnya. Nampak ketenangan pada wajahnya. Saya rasa sebak nak menangis.

Dia mula bertanya soalan mengenai solat dan lain-lain. Balik je dia terus update di Instagram.

“Bahagianya di tengah malam di dataran merdeka Allah hadiahkan kenal Allah.”

Kini beliau gigih belajar cara mendirikan solat. Allah Maha Kaya dan Maha Berkuasa.

Semua orang dahaga menginginkan kebaikan dan hidayah. Sepanjang balik saya menangis bahagia.

Bagi saya yang pertama ialah kalimah syahadah setelah itu kita belajar yang lain-lain secara perlahan-lahan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami