Inspirasi, Keluarga

“Hi Bye, Mama!” – Jangan Pandang Remeh Akan Besarnya Doa Ibu

Oleh Fieyzah Lee  •  23 Apr 2020  •  3 min baca

‘Hi Bye, Mama’ merupakan sebuah drama Korea yang telah diterbitkan di saluran Netflix dan mendapat tontonan yang memuaskan daripada penonton. Rata-rata memberikan ulasan yang positif berkenaan drama tersebut.

Jalan ceritanya yang mampu memberi kesedaran kepada penonton untuk lebih menghargai kehidupan kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Manusia hanya mempunyai satu nyawa. Walau berapa banyak kali anda dikatakan seorang yang bertuah kerana masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hari ini, namun suatu masa nanti kita semua akan ditarik nyawa untuk meneruskan perjalanan ke alam lain.

Segala penyesalan atau tangisan selepas anda meninggal tidak lagi didengari. Walau berapa banyak kali anda merayu untuk dihidupkan semula, namun ia tidak akan terjadi kerana perjalanan anda di muka bumi ini sudah berakhir.

Oleh itu, hiduplah di muka bumi ini dengan penuh kegembiraan dan ketaatan kepadaNya. Lakukan apa yang terbaik dan tinggalkan apa yang dilarang agar kita boleh berlalu dari muka bumi ini tanpa penyesalan.

Dari awal, penulis beranggapan itulah mesej utama yang cuba disampaikan melalui drama ini. Namun, apabila melihat pada babak-babak terakhir, sebenarnya ada mesej yang lebih besar dan tersirat yang telah penulis lihat, iaitu kasih seorang ibu.

Walaupun drama ini fiksyen dan tidak logik pada mata manusia, namun sekurang-kurangnya kita boleh mempelajari sesuatu daripada mesej yang cuba disampaikan.

Ibu merupakan orang yang sentiasa ada di samping kita dia saat jatuh bangun seseorang. Apabila kita susah, maka si ibu turut berasa susah. Apabila kita senang, si ibu juga akan turut tersenyum gembira.

Tiada yang lebih membahagiakan melainkan kebahagiaan anak-anaknya. Kadang-kadang, sebagai anak, kita tidak sedar bahawa ibu ialah orang yang sentiasa mendoakan kita.

Kadang-kadang, kita juga tidak sedar di sebalik kejayaan yang kita tempuh hari ini adalah disebabkan utuhnya doa seorang ibu. Kita berjaya bangkit pada hari ini juga adalah disebabkan setianya doa seorang ibu.

Seorang ibu itu sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat anaknya mampu tersenyum bahagia walaupun kadang-kadang si anak melupakannya dan lebih memilih insan lain untuk berkongsi keperitan dan kesenangan hidup.

Melalui drama ini, penulis dapat lihat bahawa ibu kepada watak utamanya menyedarkan kita bahawa doa ibu merupakan ‘kuasa yang sangat besar dalam hidup setiap anak.

Jika si ibu reda dengan anaknya, maka seseorang itu boleh berjalan di muka bumi ini dengan baik dan penuh ketenangan kerana keredaan si ibu itu sudah mengiringi anaknya.

Kadang-kadang kita terlalu jauh mencari sebab mengapa kita boleh hidup di muka bumi ini dengan baik sehingga ke tahap ini, namun sebenarnya kita lupa asbab yang paling utama ada di sisi kita sendiri, iaitu doa seorang ibu.

Justeru, buat anda yang masih mempunyai ibu, hargailah dan taatilah mereka. Cuba untuk bahagiakan mereka walau dengan sekecil-kecil perkara kerana kebahagiaan ibu itu yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada anda.

Balaslah jasa mereka dengan mengirimkan doa buat mereka setiap hari. Kerana doa anak yang soleh dan solehah itulah yang akan menjadi bekalan buat mereka di alam sana.

“Tiga doa yang mustajab yang tidak diragukan lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa yang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3862)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami