Gaya Hidup

Hati-Hati Bila Wujud Perasaan “Diriku Tak Dihargai”

Oleh Fizah Lee  •  16 Oct 2020  •  3 min baca

“Kau tak pernah hargai aku. Padahal aku ni kawan kau yang paling banyak tolong kau masa susah kot.”

“Suami saya tak pernah hargai saya. Saya penat jadi suri rumah.”

Bukan itu sahaja, bahkan pelbagai lagi adegan yang sama seperti di atas pernah muncul dan mungkin ia juga pernah bermain di benak fikiran anda sendiri.

Jika pernah, hati-hati. Waspada dengan perasaan itu kerana ia mungkin terjadi disebabkan selama ini kita tidak ikhlas.

Susah juga nak tahu ikhlas atau tidak. Sebelum ini rasa macam dah buat semua perkara dengan ikhlas, tapi sampai satu masa, ada juga perasaan penat atau terbit juga rasa agar orang sekeliling perlu sedar akan perlakuan kita.

Macam mana jika sudah timbul persoalan sedemikian? Pertama, anda kena faham bahawa ikhlas itu adalah apabila kita meletakkan seluruh pengharapan kita kepada Allah.

Setiap perkara yang kita lakukan adalah untukNya dan hanya kepadaNya. Kita hanya ingin meraih pandangan dan redaNya.

Apabila perkara pertama ini berjaya diterapkan di hati anda, nescaya persoalan-persoalan yang timbul di benak fikiran anda sebentar tadi sudah tiada.

Saya bawakan kepada anda satu lagi persoalan; apa destinasi pengakhiran kita nanti?

Adakah manusia yang selama ini tidak pernah berpuas hati dengan ragam manusia yang lain?

Atau adakah dunia ini yang suatu hari nanti akan musnah?

Jawapannya mudah, iaitu Allah. Dia adalah tujuan kita dan sebab itu kita disuruh untuk taat kepadaNya dalam apa jua bentuk yang diredaiNya.

Tenang Yang Dicari

Tenang itu akan hadir apabila kita sudah tidak meletakkan pengharapan kepada Allah.

Tenang itu juga akan automatically ada dalam hati kita apabila kita ikhlas melakukan setiap perkara kerana Allah.

Dan percayalah, apabila kita mencari dan mengejar Allah, nescaya dengan izinNya magnet dunia juga akan melekat dengan diri anda.

Jadilah suri rumah yang ikhlas menjaga dan mendidik anak-anak serta isteri yang tidak mengeluh dengan suami.

Nescaya, nanti Allah akan mengganjarkan kepada anda keharmonian dalam rumah tangga.

Jadilah kawan yang membantu temannya dengan ikhlas atas dasar ihsan dan kemanusiaan. Dengan izinNya, Allah akan menjaga hubungan anda dengan sesama manusia.

Prinsipnya mudah; ketenangan itu datang dari minda anda sendiri, apa yang anda ingin cari dan tuju.

Jika dunia yang ingin digapai, maka ia yang akan diperoleh. Namun, jika akhirat yang ingin diutamakan, maka dunia juga akan menyusul.

Mafhum: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah Ash-Shura, 42:20)

Sumber:
Perkongsian Prof Muhaya – Andaiku Tahu, Bisikan Hatimu


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami