Berita

Hari Alam Sekitar Negara 2019 – Salah Satu Usaha Mencintai Bumi

Oleh Fieyzah Lee  •  9 Oct 2019  •  2 min baca

Kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar dan ekosistem semula jadi dilihat mula menunjukkan kesan yang positif selepas munculnya beberapa program yang berkaitan penjagaan alam sekitar.

Malah, pelbagai agensi yang bertungkus-lumus dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat seperti Khazanah Nasional Berhad, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta banyak lagi agensi sama ada tempatan mahupun swasta.

Terkini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melakukan penjenamaan semula sebagai sebuah inisiatif untuk penambahbaikan terhadap Minggu Alam Sekitar kepada Hari Alam Sekitar Negara (HASN).

Sambutan ini bertujuan untuk mengajak seluruh masyarakat meraikan semangat kecintaan kepada alam sekitar sekali gus membantu menjaga bumi ini untuk ke arah yang lebih baik.

Sebelum ini, sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan sebuah acara tahunan yang telah dianjurkan sejak 21 Oktober 1989 selama seminggu.

Pelbagai usaha yang telah dirancang oleh pihak kementerian untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Penjenamaan semula ini adalah untuk mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas serta menyediakan ruang kepada warga Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar.

Sambutan ini meletakkan sasaran kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak tadika, sekolah, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Untuk tahun ini, Hari Alam Sekitar Negara 2019 disambut pada 19 Oktober 2019 dengan tema “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama.”

Ia akan dirasmikan oleh YAB Tuan Amirudin bin Sahri, iaitu Dato’ Menteri Besar Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 7.30 pagi sehingga 1.00 tengah hari.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan, antaranya ialah cabutan bertuah, pertandingan mewarna, senamrobik dan zumba serta banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari Jabatan Alam Sekitar .


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami