Gaya Hidup

Hamba Yang Tak Malu

Oleh Ummu Adhya'  •  27 May 2015  •  3 min baca

Gelandangan, ibu tunggal, fakir miskin dan terbaru golongan Rohingya yang ditindas. Semuanya sinonim dengan kesusahan. Kesusahan. Suatu yang selalu dikeluh-kesahkan bukan sahaja golongan yang tiada apa-apa, bahkan golongan yang punya segalanya juga mengaku susah.

Apa yang membuatkan kesusahan itu sangat dibenci masyarakat? [BAReports]

Apa yang membuatkan kesusahan itu sangat dibenci masyarakat? [BAReports]

Seorang budak tadika mengeluh susahnya nak belajar ABC, seorang mahasiswa mengadu susahnya mahu siapkan assignment sehari-hari, seorang bapa mengakui susahnya mendidiknya anak dan isteri menjadi sebuah keluarga yang diredhaiNYA.

Sehinggalah seorang pemimpin yang mengaku susahnya menyatukan rakyat untuk terus mendokong perjuangannya.

Dalam kehidupan, masyarakat sering mengendang anak petani yang berjaya dalam kehidupan sebagai simbol kejayaan untuk keluar dari sebuah kesusahan. Disanjung kerana dia bangkit melawan arus kesusahan yang mengairi kehidupan sehariannya dan terus menerobos ke muara yang lebih mewah.

Sebaliknya, anak hartawan yang hanyut dibuai kesenangan diejek seolah-olah dia perlu belajar untuk susah. Perlu tanggalkan semua kesenangan yang terpalit padanya dan cuba terjun ke dunia susah. Semata-mata kerana dia tidak ‘susah’!

Saya tidak marah pada anak sang kaya yang senang, tidak pula jelek dengan anak sang fakir yang disanjung-sanjung. Yang menjadi titik persoalan ialah apa itu kesusahan? Apa yang membuatkan kesusahan itu sangat dibenci masyarakat, tetapi juga dicari-cari bila tiada?

Anak dari keluarga susah yang sudah terbiasa dengan kesusahan, tetapi mengaku susah semata-mata dia tidak mampu makan KFC setiap minggu seperti jirannya. Adakah dia sebenarnya susah? Bagaimana sekiranya jirannya memang makan KFC setiap minggu, tapi di hari-hari lainnya tak cukup tidur dan tak sempat makan kerana sibuk memikirkan strategi perniagaannya supaya kekal ‘senang’.

Perbandingannya, anak dari keluarga berada tetapi tiba-tiba dirundung kesusahan. Dia pernah merasa senang, menyebabkan dia kenal dengan kesusahan yang dialaminya sekarang. Kerana itu, dia bangkit berjuang melawan kesusahan. Dulu ke sekolah naik BMW, sekarang ke sekolah naik basikal dan jual nasi lemak pula. Tragis.

Kesusahan sebenar ialah apabila kita melawan susasana yang tidak aman itu. Kalau hidup dalam kesusahan tetapi redha dengan kehidupan itu, anda bukan susah sebenarnya. Anda merasakan anda susah kerana anda menbandingkan cara hidup anda relatif kepada orang yang kurang susah dari anda. Kesusahan itu di hati.

Kalau kita bangkit melawan kesusahan itu, barulah anda boleh claim hidup anda susah. Susah kerana sedang berjuang untuk sebuah kesenangan. Itu adalah kayu ukur sebuah kesusahan.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”
Surah Ar-Ra’d; ayat 11

Jangan gopoh mengaku lelah dan hampir putus asa, menunding dunia yang kejam sedangkan sesuatu itu depruntukkan kepada kita atas kapasiti dan autoriti kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Bukankah ALLAH sudah berjanji tidak akan membebankan kita melebihi kemampuan kita?

“Dia (Ya’kub) menjawab, “Hanya kepada ALLAH aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan aku megetahui dari ALLAH apa yang tidak kamu ketahui.” Surah Yusuf; ayat 86

Kesusahan itu mampu mengajar manusia menjadi kesatria walaupun dia asalnya diulit kesenangan. Di situlah letaknya erti kesusahan. Anak yang asalnya dihimpit susah sehingga tepu dengan kesusahan dan tidak mahu melawan, bukanlah anak yang susah. Sekadar hamba yang tak tahu malu mengaku susah bila dia sebenarnya bahagia.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ummu Adhya'

Beliau merupakan seorang multi-tasker yang berpegang teguh dengan ideologinya tetapi mudah dibawa berbicang. Sedang cuba melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya di samping mengimbangi kehidupan sebagai seorang ibu, anak, isteri, usahawan dan juga hamba ALLAH.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami