Berita

Halfest 2019 – Tips Mudahnya Dapat Sijil Halal Oleh JAKIM

Oleh Fieyzah Lee  •  17 Sep 2019  •  2 min baca

Ekspo Halal Terbesar Malaysia, iaitu Halal Fiesta Malaysia (Halfest 2019) anjuran JAKIM telah diadakan pada 4 sehingga 8 September lepas di The Mines, Seri Kembangan.

Ekspo ini telah membawakan sebanyak 7000 produk halal dari serata Malaysia dan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan buat pengunjung.

Antara perkongsian menarik yang telah diadakan ialah bagaimana tips mudah untuk mendapatkan sijil halal yang disampaikan sendiri oleh JAKIM melalui sesi Chat Industry yang bertajuk Tips Mudahnya Dapat Halal oleh JAKIM.

Rata-rata kita akan mudah untuk mempercayai sesuatu produk dan tempat jika tergantungnya sijil halal oleh JAKIM.

Jika sesuatu produk tersebut tular namun tetap tidak mempunyai sijil halal, pasti akan wujudnya pelbagai spekulasi dan juga perasaan was-was.

Pentingnya sijil halal kerana ia bukan sahaja merangkumi aspek halal yang kita nampak, namun termasuk juga kebersihan sesuatu produk dan juga tempatnya.

Sijil halal layak diberikan kepada pengeluar atau pengilang, pengedar atau penjual, pengeluar sub-kontrak, pembungkusan semula, premis makanan serta rumah sembelihan.

Bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hub Halal, JAKIM manakala, untuk peringkat pasaran tempatan pula boleh dipohon kepada Jabatan Agama Islam dan MAjlis Agama Islam Negeri (JAIN atau MAIN, mana-mana yang berkenaan).

Permohonan ini boleh dilakukan secara terus di mana-mana cawangan JAKIM, JAIN, JAIM atau secara atas talian.

Borang permohonan hendaklah diisi secara lengkap dengan mengemukakan butiran-butiran dan sijil yang dikehendaki seperti profil syarikat, nama dan keterangan produk, alamat pengeluar, status bahan halal ramuan serta sijil halal ramuan tersebut, jenis bahan pembungkusan, proses dan prosedur pengeluaran, peta lokasi kilang dan lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO dan sebagainya jika ada.

Terdapat beberapa spesifikasi dan cara susun atur premis yang amat ditekankan untuk mendapat sijil ini. Hal ini perlu dirujuk kepada kepada pegawai yang bertugas.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan permohonan sijil tersebut ditolak, antaranya ialah produk dari sumber yang tidak halal, susun atur premis yang tidak mengikut spesifikasi dan juga ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara tips lain yang dikongsikan ialah pemohon hendaklah menyediakan fail khas berkaitan ‘Sijil Pengesahan Halal’ dan menyimpan dokumen-dokumen berkaitan agar senang dirujuk apabila berlaku pemeriksaan ke atas premis.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pensijilan halal ini, anda boleh layari secara terus di laman Halal.

Rujukan:
JAIN & MAIN


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami