Inspirasi

Haifa Subay ‘Melukis’ Suara Mangsa Perang Yaman

Oleh Natirah Azira  •  3 Mar 2019  •  2 min baca

Sejak perang saudara di Yaman mula tercetus pada Mac 2015, lebih 60,000 orang dilaporkan telah terbunuh. Haifa Subay, salah seorang penduduk Yaman yang turut terkesan dengan peperangan yang berlaku telah mengambil inisiatif untuk melukis mural di dinding-dinding bangunan di daerah Sanaa bagi mengabadikan kisah perang yang terjadi di Yaman supaya ianya tidak dilupakan.

“Mesej yang ingin saya sampaikan adalah tentang keamanan. Wanita dan kanak-kanak adalah golongan yang paling terkesan dengan peperangan yang berlaku dan tidak ada sesiapa yang peduli dengan mereka. Perang tidak ada gunanya, ia mensasarkan semua benda di Yaman, tdak ada apa yang tinggal ”

Sumber: The Intercept

Terkini beliau melukis mural dengan tema ‘child of bones’ dan juga ‘just a leg’ bersempena kempen ‘Silent Victims’ yang dijalankan di bandar Sanaa. Lukisan tersebut menunjukkan situasi kebuluran yang dialami oleh anak kecil di daerah bergolak Yaman. Lukisan dengan tema ‘just a leg’ pula menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berdiri dengan sebelah kaki sambil memangku sebelah lagi kakinya di tangan.

Sumber: Times Select

Selain itu, beliau juga telah mencipta pelbagai lagi lukisan mural yang menggambarkan situasi yang terjadi di Yaman ekoran peperangan yang berlaku. Antaranya masalah kekurangan bekalan air, kemusnahan sekolah, eksploitasi sekolah untuk tujuan ketenteraan dan juga mangsa yang hilang upaya kerana terkena letupan periuk api.

Mengikut laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, 96 peratus mangsa yang terkena periuk api yang ditanam di wilayah bergolak Yaman adalah daripada kalangan kanak-kanak. Rakyat Yaman hidup dalam ketakutan setiap hari hinggakan orang mula hilang harapan kepada perubahan.

“Saya menyedari bahawa ahli politik dan pihak media tidak ‘nampak’ penderitaan kami, jadi saya akan membuatkan mereka semua nampak” , demikian kenyataan Haifa yang dilaporkan oleh The Intercept.

Usaha beliau untuk membawa suara mangsa perang Yaman yang menanggung sengsara dalam diam akhirnya membuahkan hasil apabila lukisan-lukisan beliau mendapat liputan media di seluruh dunia.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami