Gaya Hidup

GodamSahur: Acara Hackathon Maya Sepanjang Ramadan

Oleh Natirah Azira  •  9 May 2019  •  2 min baca

Ramadan tiba dengan menawarkan pahala yang berlipat kali ganda kepada para pencarinya. Banyak aktiviti kebajikan yang diadakan contohnya mengadakan majlis berbuka puasa dan bersedekah kepada anak yatim.

Pendek kata, masing-masing berlumba untuk melakukan perkara yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Malah bukan itu sahaja, terkini satu program hackathon yang dinamakan #GodamSahur telah dianjurkan oleh komuniti ICT tempatan bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

Program hackathon adalah satu acara di mana para pembangun, pereka bentuk, pengurus projek dan pihak-pihak lain berkumpul di suatu lokasi untuk membangunkan idea dan projek dalam masa yang singkat.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pembangun untuk mengetengahkan idea yang ada lalu mewujudkannya dalam satu projek yang dapat memberi manfaat kepada komuniti.

Dibawah tema “Membentuk Komuniti Pintar Dan Berinformasi” , para pembangun boleh membangunkan projek mereka berdasarkan idea masing-masing atau mengikut kategori yang ditetapkan contohnya berkaitan kanak-kanak, warga tua atau kejiranan.

#GodamSahur menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM4,500, dimana ia akan dibahagikan secara sama-rata untuk para peserta yang berjaya menyelesaikan projek mereka kepada bentuk MVP (minimum viable product) dalam bulan Ramadan 2019 ini.

Jika anda seorang pembangun dan berminat untuk mencuba sesuatu yang baru khususnya untuk manfaat komuniti, anda boleh menyertai program #GodamSahur ini dan membangunkan projek anda tersendiri sepanjang Ramadan. Untuk mendaftar, boleh layari GodamSahur2019.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami