Sejarah

Gereja Santo Nicholas Yang Ditukar Kepada Masjid Lala Mustafa Pasha

Oleh Fizah Lee  •  5 Nov 2019  •  2 min baca

Tahukah anda, di sebuah daerah Eropah telah berdirinya sebuah masjid yang pada asalnya merupakan sebuah gereja.

Nama masjid tersebut ialah Masjid Lala Mustafa Pasha yang terletak di Cyprus, iaitu sebuah pulau yang berada di laut Mediterranean.

Masjid yang pada asalnya ialah gereja telah dibina pada tahun 1298 pada zaman pemerintahan raja Cyprus. Nama gereja ini ialah Gereja Santo Nicholas.

Pada tahun 1571, kerajaan ini telah diambil alih Turki Uthmaniyyah melalui pengambilalihan kota Famagusta dari kekuasaan venesia.

Gereja pada masa dahulu bukan sahaja digunakan sebagai tempat ibadat umat Kristian, malah untuk majlis-majlis besar yang berlaku seperti tempat dinobatkan raja-raja.

Apabila ia diambil alih oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah, semua patung, ukiran dan seni yang memaparkan unsur Kristian telah dibuang dan digantikan dengan ciri-ciri Islamik.

Bangunan masjid ini telah beberapa kali mengalami kerosakan dan dibaik pulih antaranya ialah pada tahun 1735 telah terjadinya gempa bumi yang besar sehingga meruntuhkan beberapa tiang masjid tersebut.

Walaupun masjid ini telah mengalami beberapa kali perubahan, namun bahagian hadapan seperti pintu gerbang dan pintu masjid tersebut masih dikekalkan seni bina gerejanya sehingga ke hari ini.

Selain Gereja Santo Nicholas yang telah ditukar fungsinya kepada masjid, terdapat juga beberapa gereja lain seperti Gereja St. Sophia di Nicosia yang ditukar kepada Masjid Selimiye.

Buat anda yang berminat untuk menjadikan Eropah sebagai salah satu tempat percutian, jangan lupa untuk memasukkan masjid ini sebagai salah sebuah tempat untuk dilawati.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami