Berita

Garis Panduan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh PKPB

Oleh Fizah Lee  •  27 Oct 2020  •  1 min baca

Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) telah mengumumkan untuk memberi kebenaran kepada pasangan bagi melangsungkan akad nikah.

Kebenaran itu mula berkuatkuasa hari ini, 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020 dengan memastikan setiap garis panduan dipatuhi.

Antara garis panduan yang telah ditetapkan ialah;

#1 – Akad nikah dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI

#2 – Keputusan ujian Saringan HIV kedua-dua pasangan masih sah semasa akad nikah dijalankan.

#3 – Temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

#4 – Pihak yang terlibat perlu memastikan diri bebas daripada gejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

#5 – Hanya pasangan dari Zon Hijau dan Kuning sahaja yang dibenarkan.

#6 – Pelitup muka dan pembersih tangan (hand sanitizer) hendaklah sentiasa digunakan.

#7 – Akad nikah hanya dijalankan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan.

#8 – Tempoh akad nikah berjalan mestilah tidak melebihi 20 minit.

#9 – Kehadiran tidak melebihi 9 orang yang melibatkan pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali dan dua orang saksi.

#10 – Berjabat tangan dan aktiviti pembatalan air sembahyang serta sarung cincin adalah tidak dibenarkan.

Garis panduan yang telah dikeluarkan ini adalah tertakluk kepada peraturan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengurusan tertinggi JAWI.

Sumber:
JAWI Official


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami