Keluarga

Fikir Semula Mengapa Anda Mengahwini Pasangan

Oleh Natirah Azira  •  27 Nov 2018

Konflik dalam rumah tangga adalah perkara biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi apabila kita berurusan dengan manusia. Tidak ada orang yang melalui alam perkahwinan tanpa ada persilisihan faham atau pergaduhan. Hatta sahabat Nabi SAW pernah melaluinya. Mereka juga manusia biasa seperti kita semua.

Kisah yang diceritakan dalam video ini adalah tentang Abdullah bin Umar, anak kepada sahabat Nabi SAW yang sangat terkenal iaitu Umar bin Al-Khattab.

Pada suatu hari Abdullah bin Umar bergaduh dengan isterinya sehingga dia berfikir untuk menceraikannya. Beliau lalu keluar dari rumah, sedang berkira-kira, apa sebenarnya yang patut dilakukan. Apa hikmah yang disediakan Tuhan di sebalik apa yang terjadi.

Dan di pertengahan jalan itulah beliau mendengar sepotong ayat dari Surah An-Nisa yang berbunyi:

“…Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)” (Surah An-Nisa, 4:19)


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami