Keluarga

Fikir Sebelum ‘Kongsi’

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  21 Mar 2019  •  2 min baca

Sebelum anda, orang dewasa menyebarkan video tembakan, pembunuhan dan apa sahaja bentuk kekejaman di media sosial tolonglah berfikir lebih jauh.

Ramai kanak-kanak kini memiliki akaun media sosial walaupun belum sampai usia 13 tahun. Ibu bapa mereka tidak memantau mereka.

Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menipu mengaku lebih tua dari usia, supaya mereka mendapat ‘sign up‘.

Jika mereka dibiarkan menipu, ataupun ibu bapa mereka tidak mengetahui dan tidak memantau, maknanya mereka juga bebas untuk berbuat apa sahaja ‘online‘ dan ‘offline‘ tanpa peraturan dan pemantauan.

Bayangkan kanak-kanak mentah tanpa pemantauan yang belum matang pemikiran, mental dan emosi ini, menonton video kekejaman yang dikongsikan oleh orang dewasa di Facebook, instagram, Youtube, Twitter, Whatsapp dan bermacam-macam platform lagi. 

Mereka kemudiannya akan berkongsi sesama mereka pula. Kesannya sama ada ;

#1- Mengalami Trauma

Mereka mengalami trauma dan tekanan kerana adegan itu terlampau membebankan mental dan emosi rapuh mereka dan berterusan melekat dalam ingatan mereka.

#2- Menjadi Kebiasaan

Mereka menjadi lali, mencuba dan meniru kerana belum cukup akal untuk membuat keputusan.

Ketidakmatangan menyebabkan mereka tidak dapat membezakan baik dan buruk dan tidak dapat membezakan realiti dan fantasi. Tingkah laku kanak-kanak adalah tanggungjawab orang dewasa.

Apabila kanak-kanak dan remaja bawah umur yang sepatutnya masih dipantau bertindak ganas, agresif, kurang ajar, tidak berperikemanusiaan, membuli sehingga tahap mencederakan dan membunuh, orang dewasa di sekeliling mereka baik ‘online’ mahupun offline turut sama bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Berfikirlah sebelum berkongsi elemen keganasan atau lucah kerana anda mempunyai ‘follower’ di kalangan kanak-kanak mentah. Ataupun anda tidak kisah masyarakat menjadi musnah?

It takes a village to raise a child


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami