Gaya Hidup

Fenomena Istiwa A’dzam Hari Ini Membolehkan Semakan Arah Kiblat Secara Tepat

Oleh Natirah Azira  •  26 May 2020  •  2 min baca

Istiwa al-‘adzam ialah suatu fenomena di mana matahari berada tepat di atas kedudukan Kaabah. Apabila matahari berada di atas suatu objek pada kedudukan yang tepat, maka objek itu sendiri tidak akan menghasilkan bayang. Dalam masa yang sama, bagi lokasi yang jauh daripada tempat tersebut, fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk mencari arah lokasinya.

Contohnya kita yang sedang berada di Malaysia boleh memanfaatkan peristiwa yang berlaku untuk mencari arah kedudukan Kaabah (arah kiblat) tanpa menggunakan kemudahan peranti atau gajet.

Ketepatan kaedah ini sangat diakui di Malaysia dan tidak ada ralat. Matahari ketika itu berperanan seolah-olah seperti jarum kompas yang tidak akan dipesongkan oleh gangguan-gangguan seperti besi, yang biasanya boleh terjadi pada kompas magnetik.

Bilakah Ia Berlaku?

Istiwa al-‘adzam berlaku hanya dua kali dalam setahun, pada tarikh dan waktu yang sama iaitu:

28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang) – Setiap tahun
27 Mei (5.16 petang) dan 15 Julai (5.28 petang) – Tahun lompat

Persediaan Sebelum Peristiwa Ini Berlaku

1. Memastikan jam yang dirujuk mengikut waktu piawai yang tepat.

2. Dirikan satu objek lurus di tempat yang ingin ditentukan arah kiblat (Tempat yang dipilih mestilah tidak terlindung daripada sinaran matahari supaya bayang-bayang boleh terhasil daripada objek tersebut).

3. Tunggu hingga ke masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

Ketika Peristiwa Istiwa Al-‘adzam Berlaku

1. Perhatikan bayang-bayang yang jatuh ketika tibanya waktu tersebut.

2. Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang tersebut.

3. Tandakan arah qiblat.

Gambar disediakan oleh FalakOnline

Ini merupakan peluang yang baik bagi menyemak arah kiblat secara tepat. Teknologi seperti kompas digital yang terdapat dalam kebanyakan telefon pintar memang memudahkan tetapi sesekali bukankah lebih menarik jika kita dapat merasai pengalaman mencari arah kiblat sendiri?


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami