Sejarah

Fakta Menarik Tentang Berke Khan – Pemimpin Mongol Pertama Memeluk Islam

Oleh Natirah Azira  •  25 Nov 2019  •  2 min baca

1. Berke Khan merupakan cucu kepada Genghis Khan yang terkenal sebagai penakluk dari Empayar Mongol.

2. Merupakan pemerintah kelima bagi Golden Horde, sebuah wilayah kekuasaan Mongol yang meliputi wilayah Rusia, Ukraine, Anatolia, kawasan Laut Hitam dan pergunungan Kaukasus. Kawasan-kawasan ini adalah daerah kekuasaan yang paling jauh dari pusat pemerintahan utama empayar Mongol di Mongolia.

3. Kemampuannnya memerintah dengan baik terbukti apabila beliau berjaya menyerang wilayah Eropah Timur yang akhirnya menyebabkan pemerintah Empayar Byzantine terpaksa tunduk. Hasilnya mereka terpaksa menghantar kain-kain yang mahal dan membayar upeti setiap tahun kepada kerajaan Mongol.

4. Dilaporkan bahawa Berke Khan memeluk Islam pada tahun 1252 Masihi di Bukhara oleh Syaikh Saifuddin Bakharzi, yang beraliran Sufi Kubrawiyah.

5. Dalam catatan lain, dikatakan bahawa beliau terserempak dengan rombongan karavan yang melalui bandar Bukhara yang mempersoalkan tentang kepercayaannya. Daripada situ dia semakin tertarik dengan konsep agama Islam dan akhirnya membuat keputusan memeluk Islam.

6. Beliau sanggup melawan sepupu nya Hulagu Khan, yang rakus menyerang dan menumbangkan kerajaan Islam. (Pada tahun 1258, tentera Hulagu Khan menyerang dan meruntuhkan kerajaan Khalifah Abbasiyyah dan membunuh Khalifah Al-Mu’tasim Billah)

7. Berke mula melancarkan serangan kepada Hulagu Khan pada tahun 1262, apabila mengetahui Hulagu ingin menyerang balas negara Muslim atas kekalahan di Ayn Jalut. Itulah perang saudara pertama yang berlaku dalam kalangan pemerintah-pemerintah wilayah Mongol sendiri.

8. Berke mengadakan hubungan diplomatik dengan Dinasti Mamluk untuk menghalang kemaraan pasukan Hulagu Khan.

9. Hulagu Khan akhirnya dikalahkan oleh anak saudara Berke, Nogai. Hulagu mati pada tahun 1265 sekaligus mengakhiri permusuhannya ke atas kekuasaan Islam.

10. Berke pada mulanya tidak mahu pun untuk berlawan dengan saudaranya sendiri. Dia berkata:

“Orang Mongol dibunuh oleh pedang Mongol sendiri. Jika kita bersatu, maka pasti kita akan menguasai seluruh dunia”

Rujukan:

Muslimmemo.com
The Role of Sufis in Converting the Mongols into Islam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami