Gaya Hidup

Doa Yang Boleh Dibaca Ketika Menghadapi Musim Banjir

Oleh Natirah Azira  •  4 Dec 2019  •  3 min baca

Beberapa bulan yang lalu negara kita dilanda jerebu yang teruk, ditambah dengan musim kering dan hujan turun tidak kerap, sehingga perlu dilakukan proses pembenihan awan di beberapa tempat.

Kini tiba pula musim tengkujuh. Banjir berlaku di kawasan pantai timur seperti Kuantan, Kelantan dan Terengganu sehingga mengakibatkan kerosakan tempat tinggal dan harta benda.

Kisah Musim Kering Dan Banjir Pada Zaman Nabi SAW

Pernah terjadi keadaan kering pada zaman Nabi SAW selama setahun sehingga ternakan banyak yang mati. Akhirnya tiba pada suatu hari Jumaat, ada seorang yang datang ke masjid berjumpa Nabi SAW lalu berkata:

” Ya Rasulullah, ternakan mati, jalan terputus tidak boleh dilalui, kerana itu berdoalah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan untuk kami”

Lalu Nabi SAW terus mengangkat tangan beliau, dan membaca doa ini:

اللَّهُمَّ اسْقِنَا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا

Anas yang menceritakan perihal ini berkata:

“Demi Allah, sebelumnya kami tidak melihat ada mendung di atas, tidak pula awan tipis, langit sangat cerah. Tidak ada pengahalang antara kami dan Bukit Sal’. Namun tiba-tiba muncul dari belakangnya awan mendung seperti perisai. Ketika mendung sudah tepat di atas kami , turunlah hujan.

Anas berkata bahawa setelah itu mereka tidak melihat matahari selamat enam hari, bermakna hujan tidak berhenti dan berlangsung selama enam hari.

Hal ini telah menyebabkan masalah yang sama seperti sebelumnya, iaitu binatang ternak mati dan jalan pula tidak boleh dilalui.

Tiba hari Jumaat yang seterusnya, datang lagi seorang lelaki masuk ke dalam masjid saat Nabi SAW sedang menyampaikan khutbah, lantas berkata kepada Nabi SAW:

“Ya Rasulullah, banyak ternakan yang mati dan jalan terputus. Kerana itu, berdoalah kepada Allah agar Dia menahan hujan”

Nabi SAW mengangkat tangan lalu berdoa semula,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohon”

Tiba-tiba hujan terus berhenti. Kami keluar masjid di bawah terik matahari. (HR Bukhari & Muslim)

Ibnu Daqiqil ‘Aid menerangkan bahawa hadis di atas merupakan dalil bahawa boleh untuk kita berdoa memohon dihentikan kemudharatan yang terjadi akibat hujan, sama seperti dibolehkan berdoa untuk diturunkan hujan semasa musim kering.

Kesimpulan

Ada yang berkata bahawa manusia tidak pernah puas. Apabila cuaca panas, akan merungut dan meminta hujan turun. Apabila hujan turun dengan lebat pula, kita merungut mahukan matahari dan cuaca yang cerah.

Tetapi jika cuaca yang terjadi itu boleh mengundang masalah dan kesukaran dalam urusan seharian, tidak salah untuk berdoa meminta agar ia diturunkan di bukan kawasan penempatan, sama ada di gunung dan bukit bukau yang menjadi pusat tadahan air hujan.

“Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohon”


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami