Gaya Hidup

Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Melalui Kawasan Perkuburan

Oleh Natirah Azira  •  24 Aug 2020  •  2 min baca

Di manakah tempat yang dapat melupakan sejenak kehidupan dunia? Jawapannya adalah di kubur.

Amalan menziarahi kubur ini digalakkan oleh Rasulullah SAW tidak kira bagi lelaki atau wanita kerana ia mampu melembutkan hati sehingga menitiskan air mata dan mengingatkan kita kepada hari kebangkitan kelak.

Antara anjuran apabila menziarahi atau melalui kawasan kubur adalah memberi salam dan mengucapkan doa kepada ahli kubur. Salah satu doa yang diajarkan baginda ialah:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ

Maksud: “Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.” (Sahih Muslim, no. 975)

Mereka boleh mendengar apa yang diperkatakan namun cara mereka mendengar bukan lagi melalui pancaindera tubuh badan tetapi roh semata-mata.

Ia malah dibenarkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Setelah selesai satu perang di mana tentera kafir Quraisy telah terbunuh, Rasulullah SAW berseru seraya berkata:

“Wahai Abu Jahal bin Hisham. Wahai Umayyah bin Khalaf. Wahai ‘Utbah bin Rabi’ah. Wahai Syaibah bin Rabi’ah. Adakah kamu semua dapati apa yang dijanjikan oleh berhala-berhala yang kamu sembah itu benar? Maka sesungguhnya aku dapati apa yang Allah janjikan kepada aku itu benar.”

Apabila Saidina Umar mendengar kata-kata baginda, beliau berkata,

“Ya Rasulullah, bagaimana mereka boleh mendengar dan menjawab pertanyaan kamu itu? Sesungguhnya mayat-mayat mereka sedang mereput”

Lalu Rasulullah menjawab bahawa mereka mampu mendengar tetapi tidak mampu menjawab.

Justeru, kita disarankan untuk memberi salam, berdoa dan menyebut perkataan yang baik-baik apabila berada di kubur atau melalui kawasan kubur. Semoga apabila kita menghuninya kelak, kita juga akan turut didoakan oleh ahli keluarga dan orang yang masih tinggal di dunia.

Rujukan:

  1. Hafizfirdaus.com

Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami